Mesir Diserang Kala Jengking, Hampir 500 Orang Disengat

aswan mesir

Hujan lebat telah melanda bandar Aswan di Mesir sehingga mengakibatkan banjir dan menghanyutkan kala jengking dari tempat persembunyian mereka ke kawasan kediaman.

Selain itu, haiwan berbahaya lain seperti ular turut menyerang penduduk kawasan wilayah tersebut.

Tiga individu maut akibat serangan ini manakala dilaporkan kira-kira 450 individu cedera disengat kala jengking.

Antara gejala yang dirasai adalah seperti kesukaran bernafas, demam, berpeluh, muntah, cirit-birit, kekejangan otot dan kepala.

Ratusan individu terbabit telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setelah suntikan dos antibisa telah diberikan, mereka dibenarkan keluar dari hospital dengan tiada rekod kes kematian lain dilaporkan.

Pihak hospital berada dalam keadaan berjaga-jaga sehingga terpaksa memanggil semula doktor yang sedang bercuti dan menambah bekalan antivenom.

Penggunaan antivenom bukan sahaja sesuai sebagai langkah pencegahan sebelum gejala timbul malah juga berfungsi ketika simptom menjadi bertambah buruk.

Penduduk di sana juga dinasihati untuk tinggal di rumah dan mengelakkan tempat yang banyak pokok.

Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia, banjir buruk itu turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah.

Untuk pengetahuan umum,  Mesir sememangnya merupakan habitat kala jengking ekor gemuk iaitu antara spesies paling berbahaya di dunia.

Ekornya mempunyai racun yang boleh membunuh manusia dalam masa kurang daripada satu jam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Mesir, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca