Mesin ATM Beras Bakal Ditempatkan Di 85 Buah Masjid Di Malaysia

Sumber: Berita Harian

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjangka sebanyak 85 buah masjid di Wilayah Persekutuan akan menempatkan sebuah mesin ATM beras khusus diberikan kepada 23,000 golongan asnaf yang berdaftar bagi menerima beras secara percuma.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, cadangan penempatan mesin ATM beras adalah salah satu langkah yang baik dan memudahkan bagi golongan asnaf. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam persidangan antara ahli Jawatankuasa Masjid-Masjid Wilayah pada bulan hadapan.

Mesin ATM beras yang pertama telah dilancarkan di sebuah masjid yang terletak di Jalan Datuk Keramat iaitu Masjid Al-Akram. Mesin tersebut merupakan kiosk pertama di dalam Malaysia yang berharga sebanyak RM19,000.

Fungsi mesin ini adalah untuk memberi bekalan beras dalam kuantiti tertentu dan terdapat tabung sumbangan diletakkan bagi orang ramai menyumbang wang untuk pengisian beras semula. Mesin ini mampu menampung pengisian sebanyak 200 kilogram beras.

Sehubungan dengan itu, JAWI sangat mengalu-alukan sumbangan daripada badan-badan korporat untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Bernama, 10 golongan asnaf di kawasan Datuk Keramat telah menerima kad pintar untuk mesin ATM beras tersebut. Mereka akan menerima bekalan beras secara percuma sebanyak dua kilogram seminggu.

Diharapkan pihak JAWI dapat menempatkan banyak lagi mesin ATM beras di seluruh Malaysia agar dapat meringankan bebanan golongan asnaf.

Artikel Lain Untuk Di Baca