Mesej WhatsApp Hanya Boleh Di ‘Forward’ Sebanyak 5 Kali

Pengguna aplikasi WhatsApp kini hanya boleh ‘forward’ mesej kepada 5 individu sahaja. Sebelum ini, pengguna WhatsApp dibenarkan mengedar mesej kepada 20 individu ataupun satu ‘group’.

“Had itu berkuat kuasa di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand di Jakarta pada Isnin lalu.

Tambah beliau, “ia bagi mengelak maklumat salah dan khabar angin tersebar secara berleluasa.”

Had jumlah penerima mesej ‘forward’ itu pada asalnya bermula di India sebagai percubaan pada Julai tahun lepas apabila khabar angin yang disebar melalui WhatsApp telah menyebabkan beberapa kes pembunuhan di negara itu. Dalam tempoh percubaan tersebut, ia menyaksikan pengurangan ‘forward’ mesej melalui WhatsApp sebanyak 25%.

WhatsApp, yang mempunyai 1.5 bilion pengguna, cuba mencari jalan menghentikan salah guna aplikasi itu, susulan kebimbangan global bahawa ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, memanipulasi gambar, video tanpa konteks, dan audio palsu.

Langkah pertama yang diambil oleh WhatsApp ni merupakan tindakan yang wajar bagi menghentikan penyebaran berita yang tidak benar.

Ingat platform yang ada jangan di salah guna, dan rakyat pula jangan mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang anda dapat melalui hebahan di media sosial anda mahupun di aplikasi WhatsApp.

Sebaik-baik orang yang berfikir adalah menyiasat dahulu sumber maklumat yang diterima dan jangan mudah percaya secara bulat-bulat pastikan sumber maklumat yang anda dapati itu sahih dan bukannya dari sumber mak cik bawang.

Sumber: Business Insider Malaysia , astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca