Mesej Dalam Botol Dari Jepun Ditemui 37 Tahun Kemudian Di Hawaii

mesej dalam botol

Seorang gadis berusia 9 tahun yang mengunjungi taman di Hawaii bersama keluarganya menemui mesej dalam botol yang dihanyutkan dari Jepun 37 tahun sebelum itu.

Abbie Graham, 9, dari Keaau, Hawaii sedang mengunjungi Hawaiian Paradise Park bersama ibu bapa dan kakaknya ketika dia menjumpai botol kaca berlumpur di pantai.

Ibu bapanya, Angie dan John Graham mengatakan pada awalnya mereka menyangka objek itu hanyalah sampah yang hanyut di tepi pantai.

“Saya fikir itu sampah, dan Abbie menganggap itu harta karun,” kata John Graham kepada Hawaii Tribune-Herald.

Keluarga tersebut membawa botol itu bersama mereka dan kemudian mendapati kecurigaan Abbie terhadap pesanan di dalam botol itu adalah betul.

“Beberapa hari kemudian, kami membukanya dan dapati ia datang dari Jepun,” kenang Abbie Graham.

Didapati, nota di dalam botol itu ditulis oleh Kelab Sains Alam Semula Jadi Sekolah Menengah Tinggi Choshi Prefektur Chiba di Jepun.

Disamping itu, mereka mendapati mesej dalam botol berkenaan dicetak dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Jepun dan dilancarkan pada Julai 1984.

Sumber: Hawaii Tribune-Herald

Surat itu meminta penemu untuk menghubungi kelab tersebut dengan maklumat termasuk koordinat di mana botol itu ditemui. 

Dikatakan, botol itu adalah sebahagian daripada ‘penyelidikan arus laut’. Keluarga itu mengatakan bahawa mereka belum dapat menghubungi pengarang mesej tersebut.

“Kami mencari dalam talian, tetapi laman web mereka semuanya dalam bahasa Jepun, jadi kami tidak dapat membaca apa-apa,” kata John. 

“Oleh itu, kami berpendapat kami mungkin boleh melaminasi dan menghantarnya kembali ke sekolah di alamat yang mereka berikan.

Kami menganggap orang yang menghantarnya mungkin sudah berumur 50, 55 tahun sekarang.”

Tidak dapat dipastikan sama ada Kelab Sains Alam Semula Jadi masih aktif di sekolah tersebut. 

Laman web Sekolah Menengah Tinggi Choshi tidak menyenaraikan kelab ini antara kelabnya yang ada kini, tetapi mereka mempunyai Kelab Sains.

Sumber: Chosei High School
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca