Baru-baru ini tular tentang penyalahgunaan kuasa polis bila seorang anggota bertindak menghubungi wanita semata untuk berkenalan.
Menurut laporan media, seorang warganet telah berkongsi dirinya diganggu anggota polis yang menahannya ketika sekatan jalan raya.
Pemilik akaun Twitter @nnadzifah diminta berhenti di tepi jalan dan diarah mencatat maklumat peribadinya termasuk nombor telefon.
*roadblock*
— azie (@nnnadzifah) February 11, 2021
polis: nak gi mana ni
saya: beli barang dapur jap
polis: ok berenti tepi jap
*polis jot down semua information, nombor ic, nombor phone, lesen*
polis a few mins later: pic.twitter.com/wiamTvoDpg
Menurutnya, tindakan anggota polis tersebut melanggar etika kerana menggunakan kuasa yang dimiliki demi kepentingan diri.
Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian dan pihak polis telahpun meminta beliau memberikan perincian kejadian agar siasatan lanjut dapat dijalankan.
Salam hormat saudari. Kami mengambil maklum isu tular ini. Pohon saudari nyatakan hari, waktu dan lokasi tepat sekatan jalan raya yang dimaksudkan bagi tujuan semakan lanjut kami. Terima kasih.
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) February 12, 2021
Terdapat ramai warganet lain yang turut mengecam pihak polis dan ada juga berkongsi pengalaman sama yang mereka pernah alami.
Using your power as a cop to pull people over, get their details, then later whatsapp them "nk kenal blh". That's creepy as all fuck and an invasion of privacy.#ACAB https://t.co/vegtx4NKX6
— nabil (@nabiltheunicorn) February 13, 2021
Tbh out of 5 roadblocks I've encountered, 4 would be asking things liddis. 'Boleh kenal ke', 'boleh kawan ke', 'boleh keluar makan tak', 'boleh jumpa lagi tak'. Yang satu tu tak ngorat sebab tua je. I really dont get it why they cant just freakin do their jobs https://t.co/dmgnoxjIId
— chéri (@ftn_kamaliaa) February 14, 2021
Namun, ada juga warganet yang mempertahankan tindakan polis itu sebagai keikhlasan untuk berkenalan dengan wanita berkenaan.


Buat masa sekarang, tiada lagi kenyataan rasmi diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan dengan isu ini.
Apakah pendapat anda tentang perkara yang berlaku ini?
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: