Merungkai Kematian Artis Seni Bela Diri, Bruce Lee

Bruce Jun Fan Lee atau nama kantonisnya, Lee Siu Loong telah dilahirkan di San Francisco pada tanggal 27 November 1940 pada tahun Naga antara jam 6-8 pagi mengikut jam Naga. Bruce Lee memulakan kariernya ketika kecil lagi dan mempunyai hampir 20 filem hasil lakonannya. Beliau dikatakan mula belajar “Sayap Chun Kung Fu” ketika berusia 13 tahun.

Sumber: Brucelee.com

Pada usia 18 tahun, Bruce Lee kembali ke Amerika Syarikat untuk belajar falsafah di University of Washington sambil mengajar kung fu dan akhirnya beliau membuka sekolahnya sendiri, Institut Jung Fan Gung Fu di Seattle, Oakland dan Los Angeles. Dia kemudiannya menikahi Linda yang kini menggunakan nama Linda Lee Cadwell telah menimang sepasang cahaya mata, Brandon dan Shannon.

Sumber: Google

Bruce Lee , seorang artis yang berdedikasi terhadap apa yang dilakukan. Hal ini kerana, ketika dia pertama kali menemui seni mempertahankan diri, 100 peratus komitmen telah dicurahkan dalam menjalani sesi kercergasan, menjauhi arak, rokok , mengambil suplemen tambahan malahan meminum daging burger mentah untuk mendapat badan yang sempurna.

Dengan dedikasi dan kawalan seperti itu, kematiannya secara mendadak pada tanggal 20 Julai 1973, di Hong Kong, pada usia 32 tahun tidak hanya mengejutkan peminatnya malahan tidak dapat difahami oleh segelintir pihak

Sumber: Brucelee.com

Siasatan awal dalam mengenal pasti faktor utama kematiannya tidak dapat dirungkai walaupun ahli patalogi diterbangkan dari seluruh dunia. Menurut BruceLee.com , syarikat yang diuruskan oleh ahli keluarga Bruce Lee sendiri, beliau dinasihati untuk mengambil ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Equagesic kemudiannya berbaring dan terus koma selepas itu.

Bruce Lee ternyata mempunyai reaksi hipersensitif terhadap bahan yang terkandung di dalam ubat tersebut yang mana menyebabkan cecair mengembang dalam otaknya lalu mengakibatkan koma dan kematian.

Sehingga lebih dari empat dekad kematiannya, pelbagai teori telah tercetus yang mana dikatakan beliau telah dibunuh oleh samseng China, telah diracun dan ada juga mengatakan bahawa Bruce Lee mati ketika bersama perempuan simpanan. Teori lain turut mengatakan bahawa ia adalah sumpahan atau kutukan keluarga.

Laporan awal dari Associated Press (AP) dari Hong Kong pada 20 Julai mengatakan bahawa beliau meninggal di Hospital Queen Elizabeth setelah didapati tidak sedarkan diri di rumahnya di sini. AP juga memberitahu bahawa sumber polis mengatakan tiada sebarang kejadian yang dicurigai tetapi prosedur autopsi terhadap mayat akan dilakukan.

Sumber: Brucelee.com

Sebulan kemudian, pada 3 September, laporan AP lain muncul dengan tajuk “Bruce Lee, bintang filem kung fu, mungkin meninggal dunia akibat edema otak, cecair berlebihan yang mungkin disebabkan oleh ganja, dilaporkan oleh seorang koroner hari ini. ”

Bahkan ketika itu, koroner, C. K. E. Tung, tidak menemui apa-apa yang menyebabkan edema, tetapi mengesan sisa-sisa ganja di dalam tubuhnya dan memutuskan bahawa keadaan itu mungkin disebabkan oleh “mabuk atau sensitif terhadap dadah.”

Menjadi tanda tanya, apakah ubat tahan sakit atau ganja mampu mengambil nyawa secara tiba-tiba?

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca