Seorang wanita berjaya menghantar pesanan makanan selepas merentasi empat benua menjadikannya layak mendapat gelaran sebagai penghantar makanan paling jauh di dunia.
Maanasa Gopal bergerak dari Singapura untuk menghantar makanan kepada pelanggannya di Antartika.

Tindakan itu menyebabkan dia mengembara jarak terjauh di dunia untuk penghantaran makanan iaitu menjangkau lebih 30,000 kilometer.
Maanasa menyiarkan video ke akaun Instagramnya, menggambarkan perjalanannya ketika dia mengembara ke benua paling selatan untuk menghantar makanan.
Dia merupakan seorang aktivis yang berjuang bersama pakar iklim serata dunia di Antartika dalam menangani isu dan menyebar kesedaran tentang perubahan iklim dunia.
Sekitar bulan lepas, Maanasa bertuah kerana ditaja Foodpanda Singapura untuk misi penghantaran makanan ke Antartika.
Dia menaiki penerbangan dari Singapura dan tiba di Hamburg, Jerman, sebelum terbang ke perhentian seterusnya di Buenos Aires, Argentina.
Berikutan itu, dia akhirnya berjaya sampai ke Antartika dan membuat penghantaran makanan yang di luar jangkaan semua orang.
Dalam perkongsiannya itu, dia menulis, “Hari ini, saya melakukan penghantaran makanan khas ke Antartika dari Singapura!”
“Sangat teruja untuk bekerjasama dengan orang-orang hebat di @foodpandasg untuk melakukan ini.”
“Bukan setiap hari anda boleh menghantar makanan Singapura merentasi 30,000 + km dan empat benua ke salah satu tempat paling terpencil di bumi!”
Dia berkata bahawa pada 2021 dia cuba mengumpul dana untuk ekspedisinya ke Antartika tetapi tidak mendapat mana-mana tajaan.
Hasratnya mula menjadi kenyataan apabila dia mendapat respon daripada Food Panda, dan jenama itu mahu merealisasikannya.
Video tersebut telah mendapat lebih 81 ribu tontonan dan beberapa komen.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: