“Mereka Lupa Saya Juga Manusia Biasa.” – Bunga Citra Lestari

Bunga Citra Lestari tampil meluahkan perasaannya selepas menerima kecaman daripada orang ramai kerana melanggar idah apabila membuat persembahan di atas pentas 10 hari selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair.

Menerusi sebuah video berdurasi 11 minit di laman YouTube, Bunga menjelaskan bahawa dia melakukan perkara tersebut dengan hati yang berat dan dengan niat untuk menyelesaikan tanggungjawab.

“Ini bukan satu perjalanan yang biasa. Saya tidak menafikan ia membuat saya berasa asing dan tidak tahu untuk ke mana. Walau bagaimanapun, saya tahu saya kena selesaikan tanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bunga mengaku perasaannya terguris ketika menerima kata-kata kesat dan kecaman daripada orang ramai terutamanya selepas pemergian suaminya pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Penyanyi Wanita Terbahagia itu berkata bahawa dia juga manusia biasa yang melalui fasa kesedihan dan kesakitan selepas kehilangan orang tercinta.

“Sesetengah orang mungkin tidak faham semua proses yang dilalui dan setiap keputusan yang saya buat. Tidak mengapa, mereka tidak perlu faham.

Mereka kadangkala lupa saya juga manusia yang boleh sedih dan sakit ketika dinilai oleh banyak mata. Saya hanya ingat awak (Ashraf) apabila perkara itu berlaku. Awak sentiasa percaya pada diri ini dan betapa awak percaya sama ada saya boleh dan kuat,” ujarnya.

View this post on Instagram

Source : BEAT TV Astro Ria – 2007

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Bunga Citra Lestari mengikat tali perkahwinan bersama Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aidan Sinclair pada tahun 2010.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Bunga dan Ashraf, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca