Merakam Video Di Bumbung, Bintang TikTok Ini Temui Ajal Selepas Terjatuh

Seorang bintang TikTok dari Turki meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 48 meter bersamaan sembilan tingkat bangunan.

Kubra Dogan, 23 tahun, dilaporkan pergi melawat sepupunya, Helen, di Istanbul dan terjatuh ketika merakam video untuk platform media sosial TikTok pada hari Jumaat (20 Ogos).

Insiden tragis itu sempat dirakam sepupunya. Semasa membuat rakaman, Kubra dilihat sedang duduk di bahagian tepi bumbung itu.

Dia melangkah dan memijak panel plastik berwarna kelabu yang menutupi bumbung. Plastik itu terkoyak dan Kubra jatuh terjunam ke bawah.

Sepupunya, Helen, yang terkejut dengan kejadian itu berlari ke rumah keluarganya di mana dia menyampaikan berita tragis itu.

Perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama kemudian. Paramedik melaporkan Kubra Dogan mati di tempat kejadian.

Menurut laporan, Kubra dan Helen telah meluangkan beberapa minit untuk membuat rakaman di bumbung dan mengambil gambar selfie sebelum kejadian maut itu berlaku sekitar jam 7:30 malam waktu tempatan.

What happened to Kubra Dogan? Turkish TikTok star falls nine stories while filming a dangerous TikTok video.
Foto Kubra Dogan (kanan) dan sepupunya, Helen (kiri) yang ditangkap sebelum kejadian. Sumber: Breaking Daily News

Keluarga mangsa meluahkan rasa marah atas kemalangan yang ditimpa Kubra. Bukan sahaja terhadap aksi berisiko wanita itu, tetapi juga pada kontraktor yang bertanggungjawab memasang panel bumbung plastik pangsapuri tersebut.

Bapa saudara Kubra, Nebi Dogan, mendakwa dia akan mengemukakan saman ke atas kontraktor itu dan tidak akan mengalah sehingga dia dihadapkan ke pengadilan.

Nebi mengakui bahawa keluarga mereka telah menasihati Kubra dan Helen tentang membuat video TikTok di atas bumbung dan tempat-tempat berbahaya yang lain. Namun, amaran mereka diendahkan.

Menurut laporan, mayat mangsa akan dibawa ke kampung halamannya di Midyat – di wilayah Mardin, Turki – di mana dia akan dikebumikan.

Artikel-artikel berkaitan untuk dibaca:

Artikel Lain Untuk Di Baca