Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang bomba memujuk seekor anjing yang terperangkap di atas balkoni bangunan berjaya mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi video di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, anjing itu kelihatan seakan-akan merajuk dan terpaksa dipujuk oleh anggota bomba itu untuk dibawa ke tempat selamat.
“Bukan senang nak pujuk ni. Abang bomba jugalah kena bagi ayat manis,” tulisnya.
Sekiranya anda menonton video berdurasi 37 saat itu, seorang anggota bomba dilihat sedang menghulurkan sesuatu kepada anjing berkenaan untuk menarik perhatian dan menenangkannya.

Walaupun dipujuk dengan makanan, anjing itu tetap juga melekatkan mukanya ke dinding dan tidak menghiraukan anggota bomba di sebelah.
Bukan sahaja seorang anggota yang terlibat dalam operasi memujuk haiwan itu, beberapa bomba turut dilihat menunggu di ruang lain untuk menyelamatkan anjing berkenaan.
Mereka dilihat memegang tali keselamatan kepada anggota bomba yang sedang gigih memujuk anjing tersebut.

Pada waktu artikel ini ditulis, hantaran di laman Facebook itu telah meraih lebih 415,000 tontonan dan 6,000 perkongsian.
Anda boleh menonton video penuh di sini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: