Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia kini seperti sudah menemui sinar harapan apabila vaksin untuk menangani jangkitan penyakit ini sudah dilancarkan.
Tambahan pula, program vaksinasi telahpun dimulakan di negara kita baru-baru ini dan diberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, ada juga golongan antivaksin yang tampil dengan pelbagai teori konspirasi berhubung vaksin yang akan diambil oleh setiap orang di seluruh dunia.
Baru-baru ini, pendakwah selebriti PU Rahmat menyokong pengambilan vaksin dan turut menyatakan bahawa vaksin berkenaan tidak mempunyai sebarang agenda.
Perkara tersebut telah mengundang rasa kurang senang dalam golongan antivaksin.
Alhamdulillah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajjal kerana pendirian yang menyokong vaksin.
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) February 23, 2021
sekarang ni kalau aku ustaz dajjal, siapa ustazah dajjal.
hahah
Menurut beliau, dirinya digelar ‘ustaz Dajjal’ kerana menyokong pengambilan vaksin. Ada juga segelintir dari pengikut akaun Twitter miliknya yang mahu unfollow sebagai tanda protes.
DEMI ALLAH
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) February 24, 2021
Demi Allah saya tak kisah jika kamu semua nak
unfollow saya dan nak benci saya.
Saya sejak umur 12 tahun dah diajar berdakwah ni bukan cari kegembiraan dan kesukaan manusia.
saya buat kerana Allah, buat kerana jujur dengan ilmu pic.twitter.com/jh33lqgr1Q
Kecaman tersebut walau bagaimanapun tidak menghalang dirinya untuk tetap berdakwah dan menyebarkan kebenaran.
PU Rahmat juga ada memuat naik satu video di saluran Youtube miliknya bagi menjelaskan kenapa vaksin bukan sebuah agenda Yahudi .
Dengan video tersebut mungkin dapat membuka mata golongan antivaksin.
Apakah pendapat anda tentang isu ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah: