Menyanyi Sewaktu Keluar Dari Mahkamah, Tindakan Radhi OAG Ini Curi Perhatian Ramai

Penyanyi terkenal tanah air iaitu Muhammad Radhi Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya.

Radhi didakwa telah memukul bekas isterinya kerana wanita itu dipercayai tidak mahu bergambar di kawasan parkir di sebuah kediaman di Kota Damansara pada 19 April lalu.

Tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo!

Memetik laporan Sinar Harian, vokalis kumpulan OAG itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Walau bagaimanapun, tindakan Radhi yang dilihat santai dan turut menyanyi lagu kumpulannya sendiri iaitu Slumber ketika keluar dari mahkamah mencuri perhatian orang ramai.

Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohamed Wafi Husain mencadangkan semasa prosiding bahawa tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Peguam yang mewakili Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum. Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Muhammad Iskandar membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca