Menyambut Bayi Ramadan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Setelah sembilan bulan menunggu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Isnin, 19 April 2021, bersamaan dengan 7 Ramadan 1442H.

Putera sulung mereka yang seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan pada jam 6.21 awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi melalui laman Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza oleh pihak Siti Nurhaliza Productions.

Menerusi perkongsian tersebut, Dato’ Sri Siti Nurhaliza serta bayi lelakinya juga dilaporkan dalam keadaan yang sihat dan stabil.

Tidak dilupakan juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga pasangannya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa turut menyampaikan rasa penghargaan kepada pihak-pihak doktor dan jururawat yang bertanggungjawab sepanjang kehamilan pertama dan kedua beliau.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa juga telah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai. para peminat, pihak media dan juga orang ramai yang tidak kunjung lelah mendoakan kesejahteraan isterinya.

Ramai rakan-rakan artis juga yang turut menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa syukur atas berita gembira tersebut.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekeluarga dan semoga anak kelahiran Ramadan ini akan mengurniakan limpahan rahmat Allah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca