Menyamar Sebagai Kambing Biri-Biri, Lelaki Ini Cuba Larikan Diri Dari Penjara

Seorang lelaki mengambil tindakan tidak masuk akal apabila menyamar sebagai kambing biri-biri untuk cuba melepaskan diri daripada penjara.

Sumber: Daily Mail

José Luis Callisaya Diaz yang sedang menjalani hukuman 15 tahun atas kesalahan membunuh dan ditempatkan di penjara Chonchocoro di La Paz, Bolivia.

Banduan itu bertindak membalut diri dengan kulit biri-biri dalam percubaan meloloskan diri dengan merangkak melalui rumput pada tengah malam.

Namun begitu, pihak pengawal dapat mengesan dengan segera apabila menyedari bahawa banduan yang licik itu tiada dalam sel penjara.

Sumber: Daily Mail

Menerusi gambar mendapati banduan itu memakai jaket bulu biri-biri dengan berseluar gelap untuk menyerupai sebagai haiwan lading tersebut.

Pengawal menemuinya dalam keadaan merangkak dengan tangan dan lututnya di padang rumput. Sekaligus membawanya masuk semula dalam tahanan.

Sumber: YouTube

Pengarah penjara di Bolivia iaitu Juan Carlos Limpias memberitahu bahawa banduan yang cuba melarikan diri itu telah berjaya ditangkap.

Juan Carlos Limpias memaklumkan kepada penduduk Bolivia bahwa pegawai polis keselamatan penjara dari pusat penjara San Pedro de Chonchocoro menghalang pelarian tahanan José Luis Callisaya Diaz yang mengambil kesempatan sewaktu cuaca buruk.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca