Menyamar Jadi Polis Untuk Elak Daripada Ditahan Ketika Edar Dadah

Tindakan jenayah seorang lelaki yang mengedar dadah dengan cara menyamar sebagai anggota polis akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak polis sewaktu sekatan jalan raya di Anjung Indah, Balik Pulau semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya iaitu Supritendan A.A Anbalagan berkata, lelaki yang berusia 27 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya tersebut pada jam 5.50 petang selepas menunjukkan keadaan yang mencurigakan.

Sumber: Astro Awani

“Ketika ditahan, pihak polis mendapati lelaki itu menggantungkan pakaian seragam Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) di bahagian penumpang belakang kereta.

“Curiga dengan tindakan lelaki itu, polis kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil erimin 5 bersamanya,” menurut Supt. Anbalagan. 

Lelaki itu memaklumkan bahawa pakaian seragam, topi dan juga ves SPDRM itu adalah milik saudaranya. Ia digunakannya bagi mengaburi mata pihak berkuasa sewaktu dia melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah.

Berikutan perkara itu, pihak polis sedang melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada saudara lelaki itu masih berkhidmat sebagai anggota SPDRM atau sudah ditamatkan perkhidmatan.

Suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut termasuk kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diharapkan tindakan selanjutnya diambil oleh pihak berkuasa jika suspek didapati bersalah. Semoga tiada lagi jenayah sebegini terjadi di negara kita terutama pada waktu getir begini.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca