Menyamar Jadi Isterinya Yang Berpurdah, Lelaki Ini Palsukan Hasil Ujian COVID-19

Seorang lelaki Indonesia telah ditangkap menyamar sebagai isterinya yang berpurdah dan menggunakan kad pengenalan isterinya serta hasil ujian COVID-19 isterinya yang negatif untuk pergi dari Jakarta ke Maluku Utara melalui pesawat Citilink.

Lelaki itu dilaporkan telah menunjukkan hasil ujian COVID-19 yang negatif kepada staf di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.

Hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) itu dipercayai milik isterinya yang bernama Nurul.

Lelaki berkenaan dikatakan berjaya menyembunyikan identitinya dan melepasi pegawai keselamatan di lapangan terbang tersebut dengan mengenakan purdah isterinya.

Dia telah ditangkap ketika dalam perjalanan di atas pesawt apabila seorang pramugari mendapati lelaki tersebut menukar kepada kemeja dan keluar daripada tandas pesawat dengan keadaan yang tidak berpurdah.

Setelah pesawat tersebut di Lapangan Terbang Sultan Babullah Ternete, pramugari tersebut menghubungi staf di lapangan terbang dan melaporkan isu tersebut dengan serta-merta.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang itu dan setelah didapati positif COVID-19, dia telah dihantar dengan menaiki ambulans ke pusat isolasi untuk dikuarantinkan.

Merdeka melaporkan bahawa bekas pegawai awam, Alvin Lie, memuji tindakan pramugari tersebut kerana berjaya mengesan gerak-geri lelaki berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca