Menumbuk Peminat, Mike Tyson Tidak Didakwa

Bekas juara peninju kelas berat, Mike Tyson tidak akan dikenakan sebarang tuduhan jenayah mengenai kes menumbuk berulang kali seorang penumpang pesawat.

Sumber: Kosmo!

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan Mike Tyson bersandar di tempat duduknya sedang memukul bertubi-tubi lelaki itu sehingga lebam dan mempunyai beberapa pendarahan.

Pada mulanya Mike Tyson melayan mesra penumpang berkenaan yang menaiki penerbangan dari San Francisco ke Florida.

Namun demikian, bekas ahli tinju tersebut berasa panas hati apabila penumpang tersebut tidak berhenti menggangu dan melakukan provakasi kepada dirinya.

Penumpang itu turut bertindak agresif dengan membaling botol ke arah tempat duduk Mike Tyson.

Insiden ini mengakibatkan penumpang itu ditumpuk bertubi-tubi sehingga berlakunya pendarahan.

Sumber: USA Today

Pendakwa raya di sebuah daerah California menjelaskan bahawa mereka tidak akan memfailkan pertuduhan terhadap petinju tersebut.

Menurutnya lagi pihak mereka sudah menyemak laporan polis di Jabatan Polis San Francisco dan Pejabat Syerif Daerah San Msteo.

Malah pihak mereka juga sudah melihat segala bukti video yang dikumpul.

Akhirnya keputusan yang dibuat selepas siasatan adalah tidak akan mendakwa Mike Tyson dari sebarang pertuduhan mengenai insiden tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca