Terletak di Jalan Pantai Geting, Kedai Makan Kak Pah Abe Lah sentiasa popular dalam kalangan penggemar masakan Pantai Timur.
Walaupun terletak di lokasi yang agak terpencil, tempat menarik di Tumpat Kelantan ini sentiasa ramai dan dipenuhi para pelanggan yang sanggup datang seawal jam lapan pagi. Apa yang membuatkan Kedai Makan Kak Pah Abe Lah ini cukup istimewa dan sering diserbu ramai?
Ikan bengkak (ike bekok)

Sedap dinikmati bersama budu, ulam, nasi panas dan menu masakan kampung lain, ikan bengkak ataupun lebih dikenali sebagai ike bekok dalam kalangan penduduk Kelantan terutamanya di Tumpat ini memang ‘padu’ dan menambahkan selera.
Walaupun rasanya seperti ikan masin, ike bekok berbeza daripada ikan kering atau ikan masin dikeringkan sepenuhnya kerana ia tidak dijemur lama di tengah panas. Apabila dijemur di tengah panas berhari-hari, barulah ia akan menjadi ikan masin.
Ike bekok tidak dikeringkan sepenuhnya untuk mengekalkan isinya yang lembap dan lembut. Atas sebab itu juga, ramai orang lebih mudah untuk menerima pembuka selera ini kerana isinya yang lembap dan lembut.
Untuk menghasilkan ike bekok, ikan akan diperap semalaman dengan garam dan akan dijemur pada keesokan hari. Sekiranya mahu goreng ikan bengkak itu, ia perlu diperap sekali dengan kunyit.
Walaupun begitu, Harian Metro melaporkan tidak semua ikan boleh dijadikan ike bekok kerana ada yang boleh menyebabkan berasa gatal jika dimakan.
Jika di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah pula, ikan yang biasa digunakan untuk menghasilkan ike bekok adalah layur, cencaru, kekek dan gelama.
Pilihan popular untuk hasil ikan bengkak

Memetik laporan Harian Metro, Noriah Ghazali atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah mula berniaga ikan bekok popular Tumpat itu dengan suaminya Abdullah Yahya sejak tahun 2013 lagi.
Ike bekok adalah ikan yang telah diproses dalam dua fasa ringkas iaitu proses rendaman dengan air garam semalaman sebelum dijemur selama empat jam dan proses pengeringan.
“Sebelum dimasak, baunya agak kurang menyenangkan namun ketika digoreng bau itu berubah menjadi aroma menyelerakan dan rasanya sangat sedap. Kebiasaannya untuk menghasilkan ikan bengkak, saya akan gunakan ikan layur, cencaru, kekek dan gelama,” jelas Kak Pah.
Beliau juga mampu menghasilkan kira-kira 50 kilogram ikan bekok popular Tumpat setiap hari untuk dimakan di kedai atau dijual secara mentah kepada pelanggan.
“Setiap hari saya mampu menghasilkan hampir 50 kilogram ikan bengkak sama ada untuk dimakan di kedai atau dijual secara mentah kepada pelanggan,” tambahnya.
Kedai cukup popular dalam kalangan penduduk tempatan

Selain terkenal dengan menu utamanya ike bekok, kedai sarapan pagi di Tumpat ini turut menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk memuaskan selera anda kerana ikan bengkak ini sebenarnya lebih sedap jika dimakan dengan nasi panas dan masakan kampung lain.
Buat semua orang yang sedang mencari port sarapan pagi di Tumpat, kami kongsikan sebab kenapa anda perlu mengunjungi Kedai Makan Kak Pah Abe Lah.
Seperti yang dikongsikan oleh CEO of Maghohh di laman TikTok, “Ikan bekok itu memang bengkak sungguh. Kena pula dengan ayam kampung dan ikan darat. Apa paling specialnya adalah ike bekok itu dia buat sendiri. Makan dengan budu dan ulam.”
@nhhaziqah Keno ike bekok gak memey puas hati make ad pulok budu memey menyakut molek 🤤 ! Ejass puok kito belako g ter tag sain sobak #fyp #kelatefoodie #makanlokal #FoodFestOnTiktok #ceoofmaghohh #kelatehadir✅ ♬ bunyi asal – AႦҽ Jσҽ Kαƈαƙ Hҽɳʂҽɱ😎
Selain itu, video yang dikongsikan oleh @wanieyirwan_ di TikTok turut berkongsi beberapa gerai lain dekat tempat menarik di Tumpat Kelantan ini.
@wanieyirwan_ 🐠🐟🧉✨ Kak Pah ikan Bekok. Sape je x kenal Kedai Legend ni. Ikan Bekok dia memang sedap xde tandingan ✨✅ Lokasi 📍 Kedai Makan Kak Pah Abe Loh, Tumpat #fyp #ese #wanieyfoodie #wanieyreview #foodtiktok #TikTokMakanMakan #makanlokal #foodie #makanmakan #longervideos #bestfoodmalaysia #reviewmakanan #foodiemalaysia #jelajahmakan #jommakan #menarikkelantan #fypfoodie #foodiekelantan #ikeybekok #kakpahabeloh #kakpahabelohikanbekokgetingtumpat ♬ Ngopi Maszeh
“Orang Kelantan ni dia memang tak lari daripada nasi. Breakfast pun makan nasi juga. Nasi berlauk. Nasi ike bekok. Nasi ulam. Gelama bekok sedap sangat-sangat dan garing.
Anda perlu makan gelama bekok panas-panas dengan nasi kosong. Sedap juga tempoyak dia. Sambal Pauh sedap sangat-sangat dan wajib cuba. Ikan keli goreng secukup rasa, murah dan dia goreng crispy,” jelasnya.
Hanif Asyraf turut berkongsi di laman TikTok miliknya bahawa, “Ikan-ikan bekok di kedai ini semuanya segar belaka.”
@hanifasyraf1 selero sungguh weh keno Ike Bekok Geting ni 😋 hargo pun xmahal sgt , Lokasi di pata geting #myfoodie
♬ original sound – Mohamad firdaus – Mohamad firdaus
Gerai-gerai lain di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah
Pencuci mulut (dessert)
1. Jus buah segar dan ubi tonyoh

Sebut sahaja ubi kayu kuning rebus dicecah dengan kelapa muda parut, ubi tonyoh sudah pasti meninggalkan kesan di hati orang ramai.
Sedap dinikmati panas-panas, BH Online menjelaskan bahawa makanan tradisional cukup laris di negeri Cik Siti Wan Kembang menjelang musim tengkujuh ini sebenarnya adalah ubi kayu isi kuning yang diparut sebelum ia dikukus kira-kira satu jam.
Lebih enak dinikmati bersama gula, garam dan kelapa muda parut, anda boleh rasa kelazatan dalam setiap sedutan pencuci mulut ini. Anda juga boleh menyegarkan tekak dengan Jus Buah Segar yang cukup sedap!
Terdapat beberapa pilihan jus buah segar yang anda boleh nikmati bersama sarapan pagi di Tumpat ialah oren, naga, mangga, tembikai, lobak merah, epal dan macam-macam lagi.
2. ABC Special, Air Nyor dan Coconut Shake

Salah satu pencuci mulut yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia, ABC Special dan ABC Coklat adalah pilihan terbaik untuk anda yang memerlukan kemanisan di kala bersendirian.

Selepas makan ike bekok dan masakan kampung lain, kemanisan Air Nyor (air kelapa) dan Coconut Shake mampu wash down tekak anda.
3. Cendol pulut tapai bersantan

Siapa di sini yang suka cendol pulut tapai bersantan? Bila datang makan di kedai ikan bekok popular Tumpat ini, anda wajib cuba Cendol Pulut Tapai Bersantan mereka! Cendol itu berjaya menawan hati para pelanggan kerana ia memang serba-serbi cukup rasa manis dan berlemak.
Makanan ringan
1. Roti Canai Din Za

Sekiranya not in the mood for ikan bengkak pula, kami sarankan anda cuba Roti Canai Sarang Burung yang didatangkan bersama sambal bilis di Roti Canai Din Za.
Seiring dengan tagline, “make sebutir nak sokmo-sokmo (makan satu butir mahu sepanjang masa),” keenakan Roti Canai Sarang Burung di gerai ini sentiasa membuatkan nafsu makan para pelanggan ingin datang lagi.
2. Kuih-muih
Terdapat variasi pilihan kuih-muih yang anda boleh dapatkan dari tempat menarik di Tumpat Kelantan ini seperti yang dilihat dalam gambar-gambar di bawah.


Konsep layan diri di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah

Kedai Makan Kak Pah Abe Lah mengamalkan konsep layan diri. Para pelanggan perlu mengambil nasi dan masakan kampung lain atau ulam-ulaman yang diinginkan sendiri.
Para pelanggan hanya perlu menunjukkan ikan bengkak yang mereka mahu kepada pekerja untuk ia digoreng dan dihidang panas-panas.
“Ulam dan masakan kampung lain diambil sendiri mengikut kuantiti yang diinginkan. Harga ikan bengkak yang dijual secara mentah bermula daripada RM10 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan,” jelas Kak Pah.
Kak Pah Abe Lah Ikey Bekok

Selain makan di kedai, anda juga boleh membeli gelama bekok, kekek bekok dan cencaru bekok yang dijual secara mentah dekat tempat menarik di Tumpat ini.
Memandangkan Kak Pah turut menjual ikan-ikan yang dipaketkan menggunakan vacuum plastic bag, anda boleh mengirim kepada rakan-rakan yang berada di Kelantan untuk membeli Ikan Bekok Tumpat. Ikan bekok itu juga akan tahan selama enam hari tanpa freezer.

Buat anda yang baru pertama kali mahu makan ike bekok, ia lebih enak dimakan bersama nasi panas dan masakan berkuah seperti ikan singgang, sup, gulai kuning, sayur lemak serta tomyam.
Ia juga lebih membangkitkan selera jika dinikmati bersama pulut kukus dan kelapa parut. Ikan dicecah dengan pencicah (campuran hirisan bawang besar, cili api potong, cuka dan air limau nipis).
Anda juga boleh WhatsApp Kak Pah sekiranya mahu mendapatkan gelama, cencaru dan kekek bekok tetapi tinggal di luar Kelantan.
Alamat
Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah Abe Lah, Jalan Pantai Geting 16200 Tumpat Kelantan
Google Maps
Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah Abe Lah
Waze
Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah Abe Lah
Waktu operasi
Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad: 8 pagi – 3 petang
Jumaat: 8 pagi – 12.30 tengah hari
Sabtu – Ahad: 8 pagi – 3 petang
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh layari sahaja media sosial Kedai Makan Kak Pah Abe Lah ataupun WhatsApp nombor di bawah.
Facebook: Kedai Makan Kak Pah Abe Lah
WhatsApp: 019-954 5426 (Kak Pah)
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
Restoran Ikan Bakar Terangkat Di Bangi-Kajang Saji Pelbagai Makanan Laut Segar Dan Sedap Guna Pes ‘Homemade’
Restoran D’Terapung 7 Sajikan Hidangan Makanan Laut Terbaik Di Tumpat, Kelantan
Restoran ‘Ike Bekok’ Sedap Di Tumpat, Kedai Makan Kak Pah Abe Lah Jadi Tumpuan Ramai