Menu Istimewa Bakudanyaki, Mr Tako Buka Cawangan Pertama Restoran Di Pulau Pinang

Selama ini peminat Mr Tako di Malaysia hanya dapat merasai keenakan menu seperti takoyaki di tepi jalan sahaja. Namun kini Mr Tako telah mengembangkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama Mr Tako Restaurant di Pulau Pinang.

Mr Tako pada mulanya adalah sebuah rangkaian perniagaan kios takoyaki terkenal yang mempunyai lebih 600 cawangan di seluruh Malaysia.

Perniagaan milik anak muda bumiputera ini sangat berkembang dengan majunya.

Dengan sambutan hangat yang diterima sejak penubuhannya pada tahun 2013, Mr Tako kini membesarkan lagi perniagaan mereka dengan membuka kedai makan yang lebih besar iaitu Mr Tako Restaurant.

Restoran takoyaki yang pertama di Malaysia ini merupakan satu idea yang menarik di mana sebelum ini penggemar takoyaki hanya boleh mendapatkan menu itu di kaki lima tepi jalan sahaja.

Justeru, penciptaan restoran ini sememangnya sangat unik dan menarik kerana idea menjadikan gerai takoyaki biasa kepada sebuah kedai yang membolehkan pelanggan makan terus di sana dalam keadaan yang lebih kondusif.

Encik Fikri Mohd Roni selaku pemilik jenama Mr Tako menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian melakar sejarah baru dalam dunia perniagaan ini.

Saya tidak akan berhenti walaupun telah selesa, sebab saya mahu memberi peluang lebih lagi.

Mr Tako bukan buat untuk berjaya dan kaya sorang-sorang, tapi untuk berjaya ramai orang,” kata Encik Fikri.

Sejak pembukaannya pada 2 April lalu, restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan di sana.

Bukan itu sahaja, malah baru-baru ini Mr Tako Restaurant turut mengadakan satu sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik diadakan sempena hari raya. Pelanggan yang hadir pada hari itu mendapat diskaun sebanyak 10 peratus serta pemenang pertandingan Tag & Win pula memenangi diskaun 50 peratus.

Ramai yang membanjiri restoran ketika sambutan itu termasuklah beberapa tiktokers yang berasal dari Pulau Pinang itu sendiri.

Banyak reaksi positif yang diberikan oleh mereka yang telah datang merasai sendiri makanan-makanan yang ada di Mr Tako Restaurant.

@farey1710

Reply to @frhni1710 SUKA LA WOII FAVOURITE AKU TUU 😭🤚🏻 Ni ada kedai tako baru kat penang! #racunfarey #racuntiktok #fyp #makanlokal #foodie #penang #perda #mrtako #takoyaki

♬ original sound – BepXua – BepXua
@kadhalpuriyathekadhali

Khas pertama kali di Malaysia, Mr Tako Restaurant membawakan menu Jepun yang menarik in terus ke Penang #mrtako #penang #bakudanyaki

♬ original sound – Princess Meethi – Princess Meethi

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa jenis menu yang terdapat di situ. Jangan risau, di sini kami senaraikan beberapa menu signature Mr Tako Restaurant yang wajib anda cuba!

Signature Menu

1. Bakudanyaki

Kunjungan anda ke Mr Tako tidak lengkap tanpa mencuba menu istimewa iaitu Bakudanyaki.

Khas pertama kali di Malaysia, Mr Tako Restaurant membawakan menu Jepun yang menarik ini terus ke Penang.

Ia sama juga seperti takoyaki cuma saiznya berlipat kali ganda besar. Inti dalam yang sangat penuh dengan bermacam-macam bahan seperti sotong, sosej dan juga sayur-sayuran.

Ditambah pula dengan fomula sos dan tepung yang berbeza khas untuk produk baru ini membuatkan ia lebih sedap dan juicy.

Rata-rata ramai yang tidak pernah melihat dan rasa menu special ini. Sememang Mr Tako mahu menarik peminat-peminat makanan Jepun untuk merasai menu yang lain daripada lain.

Jika 9 tahun lepas Mr Tako berjaya menjadi pelopor takoyaki, kini mereka mahu menjadi pelopor bakudanyaki pula tahun ini.

Kemungkinan menu ini akan viral di seluruh Malaysia dan bakal digilai ramai terutamanya peminat makanan Jepun.

2. Kuritayaki

Ini pula menu kedua yang mampu buat anda jatuh cinta pandang pertama.

Nak makan takoyaki sedap dengan sotong kurita seekor dalamnya, anda patut mencuba Kuritayaki. Tengok gambar pun boleh mengiurkan apatah lagi bila menikmatinya sendiri.

Sekarang nak dapatkan takoyaki sotong yang macam ini susah nak cari kerana kos bahan yang tinggi. Tetapi Mr Tako Restaurant bawa kelainan menu ini dengan sotong rasa istimewa yang dihasilkan sendiri.

Siapa je yang tak terpesona bila menikmatinya, memang puas bila makan bila inti padat di dalamnya. Pasti lepas makan asyik terbayang-bayang nak repeat lagi.

3. Taiyaki

Tidak dilupakan juga menu pemanis mulut tradisional iaitu Taiyaki. Wafel yang berbentuk ikan dengan isi kacang merah yang enak memang menjadi snek manis nombor satu di Jepun.

Ianya sangat popular kerana ia adalah hidangan lama yang mempunyai budaya yang kuat dengan orang Jepun. Anda akan dapati menu ini berada di banyak gerai atau pusat beli-belah di seluruh Jepun.

Rasanya yang manis dan berperisa sangat sesuai untuk semua golongan usia tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Manakala bahagian luarnya yang ranggup dan bahagian dalam yang lembut serta tebal memang menjadi pelengkap kesedapan makanan ini.

4. Seleksi Minuman

Kemudian, anda juga boleh segarkan tekak dengan beberapa pilihan minuman.

Terdapat pelbagai variasi air terdiri daripada sparkling ichigo minto, cafe latte, white coffee, chocolate, ice remon tea, green tea dan macam-macam lagi.

Dah menjamah makanan yang lazat belaka mestilah air pun kena sedap. Sebab itulah mereka menyediakan pelbagai jenis minuman yang boleh memenuhi cita rasa anda.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis makanan dan minuman yang enak dan menarik di sini. Mesti anda rambang mata tak tahu nak order yang mana satu.

Oleh kerana menu yang pelbagai, Mr Tako Restaurant turut menyediakan set-set yang sangat berbaloi untuk dinikmati.

Anda boleh memilih antara empat jenis set pilihan terdiri daripada:

i. Konbo Setto (Combo Set)
ii. Happi Miru (Kid Meal)
iii. Dezato Konbo (Dessert Set)
iv. Family Set

Menariknya di sini, setiap set mempunyai kelainan yang tersendiri. Sekiranya anda datang bersama keluarga, Family Set sangat sesuai untuk dipesan.

Selain itu, anda boleh memesan Happi Miru untuk kanak-kanak. Harga combo bermula RM10.90 dan ke atas mengikut jenis-jenis set makanan yang dihidangkan bersama air.

Pembukaan Restoran Kali Pertama

Dengan adanya restoran takoyaki yang pertama dibina oleh jenama Mr Tako, ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai keenakan makanan jalanan Jepun dalam suasana yang berbeza.

Sekali gus menjadikannya sebagai salah satu tempat makan menarik yang berada di Penang sekarang ini.

Bersesuaian dengan makanan beraneka yang disajikan, para pelanggan boleh dine-in di situ atau takeway sahaja.

Walaupun Mr Tako Restaurant masih baru menapak di Penang, tetapi pihak mereka berhasrat untuk membuka lebih cawangan baharu di seluruh negara.

Nantikan lokasi seterusnya yang berkemungkinan akan bertapak di negeri pantai timur pula.

Bagi warga Penang yang masih belum pernah datang ke Mr Tako Restaurant, anda sangat dialu-alukan untuk mengunjungi restoran ini. Rasai keenakan hidangan makanan Jepun dengan harga berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi Mr Tako Restaurant:

Alamat Mr Tako Restaurant Penang: 455, Jalan Permatang Rawa Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)

Instagram: https://www.instagram.com/mrtakorestaurant_my/

Facebook: https://www.facebook.com/mrtakorestaurantMY

Jika berminat untuk menjadi ejen Mr Tako, anda boleh klik pada pautan laman sesawang rasmi mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan tempat makan menarik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca