Menu Autentik Indonesia Paling ‘Hot’ Dan Sedap Yang Peminat Makanan Pedas Wajib Cuba Di KOTAK

Berkonsepkan hidangan fast food, Restoran KOTAK mengkhususkan kepada masakan Indonesia dalam sajian secara moden dengan persembahan makanan yang menarik. Memiliki kepakarannya yang tersendiri, KOTAK tampil dengan menu-menu autentik sedap dan pedas yang memberi fenomena baru buat cita rasa orang tempatan.

Tanpa melengahkan masa pembaca, jom kami bawa anda terjah senarai menu paling hot di KOTAK untuk anda cuba.

Signature Menu

Berikut merupakan beberapa hidangan popular yang menjadi buruan hangat penggemar masakan Indonesia. Untuk pengetahuan orang ramai, Kotak memiliki dua cawangan atau outlet restoran buat masa kini, iaitu:

i) KOTAK+ di SS15, Subang Jaya

ii) I’M GEPREK By KOTAK di Bandar Baru Bangi

Ini adalah antara menu top favourite kami yang boleh didapati di kedua-dua outlet tersebut.

Nota: Harga yang tertera adalah mengikut in-store prices. Pesanan yang dibuat di luar outlet akan bergantung kepada caj yang tertakluk dalam servis penghantaran.

1. I’m Geprek

Mengikut sejarahnya, sajian ayam geprek ini mula diperkenalkan di Jakarta, Indonesia dan mendapat sambutan tinggi daripada warga lokal di sana. Sejak itu, ia telah difrancaiskan ke serata negara sehingga turut dibawa masuk ke Malaysia.

Di KOTAK, hidangan terkenal ini disediakan menggunakan resipi asli yang diolah kepada ‘standard’ yang bersesuaian dengan selera orang Malaysia. Ciri yang diutamakan adalah kepadasan cilinya yang betul-betul padu. Penyediaan bahan juga dikekalkan kualitinya dengan hanya mengguna pakai cili istimewa yang diimport khas dari Indonesia.

Menu I’m Geprek dihasilkan dalam pelbagai variasi untuk pilihan pelanggan. Setiap satunya membawa kelainan daripada gandingan bahan dan teknik yang digunakan.

i) I’m Geprek Original (RM13.80)

Setinggi mana tahap kepedasan anda? Kalau teringin nak tahu, boleh cabar diri untuk rasa sepinggan I’m Geprek Original dari KOTAK ini. Level dia boleh pilih sama ada yang normal, hot, extra hot atau super hot.

Ayam geprek di sini bukan calang-calang hidangan. Salah hadam, ke tandas lah jawabnya. Walaupun terbakar di mulut, tapi kepuasan masakannya memang kami akui sehingga sanggup datang makan berulang kali. Tak hairanlah ianya menjadi menu nombor satu di restoran ini.

Buat sesiapa yang dah lama mencari sajian ayam geprek terbaik dan sedap di Selangor, KOTAK adalah destinasi paling tepat untuk anda kunjungi.

ii) I’m Geprek Nasi Goreng (RM13.80)

Back to basic, hidangan nasi goreng sentiasa menambat hati umum terutama bagi penduduk negara-negara Asia Tenggara. Di Indonesia dan Malaysia khususnya, nasi goreng boleh dianggap sebagai antara masakan yang paling popular dalam kalangan lokal.

Di KOTAK, resipi menu ini disajikan dengan sedikit twist iaitu bersama ayam geprek yang menghangatkan lagi selera orang yang menjamunya. Rempah yang digaul bersama nasi juga sudah cukup meningkatkan nafsu makan, ditambah pula dengan sambal geprek padu yang memberi nikmat.

Kami syorkan anda untuk cuba menu terlaris ini dan rasakan sendiri kepuasannya pada suapan pertama.

iii) I’m Geprek Cheesy (RM15.80)

Ayam geprek padu dengan sensasi keju berkrim buat anda terangkat! Biar gambar berbicara tentang kelazatannya. Rasa dia sedikit masin tapi bila dah ‘blend’ sekali dengan sambal pedas berapi, syahdu betul bila masuk ke mulut.

Mungkin ada yang janggal nak menjamu nasi bersama cheese, tapi kami boleh katakan tambahan keju tersebut berikan ekstra flavour yang buatkan orang tak jemu nak makan berulang kali. Sangat disyorkan untuk sesiapa yang consume makanan pedas pada skala medium.

iv) I’m Geprek Mi Sedap (RM15.80)

Hari-hari makan nasi, apa kata anda bertukar ke sajian mi pula kan? Orang Malaysia mestilah dah kenal sangat dengan rasa Mi Sedap yang serba manis, masin dan berempah. Kali ini, kami perkenalkan hidangan ayam geprek bersama Mi Sedap dari KOTAK ini yang menambat hati dan selera tempatan.

Nampak simple sahaja menunya tapi penangan dia betul-betul power! Untuk anda yang nak pesan menu signature ini, awas kerana anda bakal menjadi ketagih.

2. Buttermilk Kotak (RM13.80)

Ayam geprek dengan sos buttermilk yang creamy dan salty ini sangatlah padan untuk mereka yang gemar makanan pedas tapi hanya pada tahap biasa-biasa sahaja. Selain sajiannya yang menyelerakan, aroma harumnya juga cukup memikat.

Menu ini menepati citarasa pelanggan yang hadir kerana kombinasi rasa pedas dan berkrim yang seimbang dan tidak muak di tekak. Setiap kunyahan sememangnya sedap berlemak yang bikin anda angau.

Set hidangan bersama nasi dan telur goreng cukup berbaloi dengan harganya yang mesra poket. Bagi kami, portion hidangan adalah memuaskan untuk pelengkap selera.

3. Pecel Lele (RM15.90)

Pecel Lele mengetengahkan lagi konsep masakan Indonesia dengan gandingan resipi tradisional ala Nusantara yang semestinya wajib anda cuba!

Bukan sahaja nampak menarik secara visual, tetapi rasa ikan keli yang digoreng garing juga enak dan mengenyangkan perut bersama hidangan lengkap dengan nasi, tempe dan tauhu. Tidak ketinggalan juga sambalnya yang menghiasi keseluruhan sajian sehingga buat anda terngiang-ngiang. Cocok sekali dengan selera pencinta makanan pedas.

4. Ayam Kotak

Menu ‘hangat’ di KOTAK ini datang dengan sajian berbeza mengikut jenis sambal istimewa Indonesia yang menggiurkan. Spicy lovers, it’s your time to shine!

Dihidangkan panas-panas, tekstur ayamnya masih garing di luar dan lembut di dalam. Isinya pun mudah dileraikan daripada tulang, membuatkan anda rasa tidak sabar untuk menikmatinya.

Sambal memainkan peranan penting dalam penghasilan masakan Indonesia bagi memastikan rasa tradisi turun-temurunnya yang unik dapat dikekalkan. Bagi menu Ayam Kotak ini, tiga jenis sambal yang diketengahkan adalah sambal dower, sambal geprek dan sambal memble.

Hidangan istimewa daripada setiap sambal tersebut boleh dirasai dengan lebih mantap jika anda cuba sajian set nasi bersama ayam di bawah. Lebih sesuai untuk yang solo, boleh makan sepuas-puasnya.

Nota: Menu-menu berikut hanya boleh didapati di outlet KOTAK+ SS15, Subang Jaya.

i) Ayam Dower (RM15.80)

Ayam Dower dengan rasa sambalnya yang mantap dan beraroma daripada gabungan rempah. Betul-betul terasa pedas di bibir.

ii) Ayam Ketuk (RM15.80)

Ayam Ketuk dengan sambal ori yang ditumbuk hancur dan digaul rata bersama ayam. Rasa pedas menyengat dari isi hingga ke tulang.

iii) Ayam Memble (RM15.80)

Ayam Memble dari KOTAK yang memberi rasa masin dan manis, dipadankan bersama cili merah dan hijau untuk lebih hangat.

Kalau anda dah lama craving santapan yang sedap, pedas, berpatutan dan tidak mengecewakan, kenalah datang cuba pelbagai seleksi menu autentik dari Indonesia yang ada di KOTAK ini.

Outlet Restoran

Pihak restoran mengutamakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang teliti dan kesemua staf restoran juga telah lengkap dua dos vaksin.

Pelanggan yang hadir dapat menikmati servis dan perkhidmatan pada tahap yang sangat memuaskan dari segi penyediaan makanan, layanan, kebersihan dan keselesaan. Setiap outlet juga dilengkapi dengan penyaman udara.

1. SS15, Subang Jaya

Lokasi Restorak KOTAK+ di SS15, Subang Jaya. (Sumber: Froggy)

Alamat: No. 10, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waze: KOTAK Plus

2. Bandar Baru Bangi

Lokasi Restoran I’M GEPREK by KOTAK di Bandar Baru Bangi.

Alamat: No.15, Ground Floor, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor.

Waze: I’M GEPREK by KOTAK

Servis Penghantaran Makanan

i) Online Order Melalui Lalamove

ii) Foodpanda

KOTAK Plus, SS15 Subang Jaya: https://www.foodpanda.my/restaurant/t1cd/kotak-restaurant

I’M GEPREK by KOTAK, Bandar Baru Bangi: https://www.foodpanda.my/restaurant/r1jd/im-geprek-by-kotak

iii) GrabFood

KOTAK Plus, SS15 Subang Jaya: https://food.grab.com/my/en/restaurant/kotak-delivery/

I’M GEPREK by KOTAK, Bnadar Baru Bangi: https://food.grab.com/my/en/restaurant/i-m-geprek-by-kotak-bandar-baru-bangi-delivery/

iv) AirAsia Food

KOTAK Plus, SS15 Subang Jaya: https://www.airasia.com/food/my/en/restaurant/kotak

I’M GEPREK by KOTAK, Bandar Baru Bangi: https://www.airasia.com/food/my/en/restaurant/im-geprek-by-kotak-bangi

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh hubungi mereka melalui WhatsApp. Jangan lupa ikuti media sosial KOTAK di bawah untuk ketahui info lanjut dan promosi terbaru bagi menu-menu autentik Indonesia yang menarik dan sedap.

Facebook: https://www.facebook.com/kotakplus/

Instagram: https://www.instagram.com/kotakplus/

Twitter: https://twitter.com/kotakmalaysia

Website: www.kotakplus.com

Jemput baca artikel-artikel berkaitan makanan di bawah untuk tambah dalam senarai restoran wajib cuba anda nanti:

Artikel Lain Untuk Di Baca