Menteri Di Indonesia Cadang Orang Kaya Kahwini Golongan Miskin Untuk Kurangkan Jurang Kemiskinan

Menteri Koordinasi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia iaitu Muhadjir Effendy mencadangkan supaya orang kaya di Indonesia mengahwini golongan yang berpendapatan rendah bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara itu.

Menteri Koordinasi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy.

Menurut Muhadjir yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, jumlah bilangan isi rumah miskin di negara itu berjumlah kira-kira lima juta.

“Bilangan isi rumah Indonesia ialah 57.1 juta di mana 9.4 peratus atau lima juta daripadanya dikategorikan sebagai miskin,” kata Muhadjir.

“Sekiranya ditambah kepada isi rumah hampir miskin, kira-kira 16.8 peratus atau kira-kira 15 juta isi rumah,” kata Muhadjir seperti yang dilaporkan media tempatan.

“Apa akan berlaku jika orang miskin mencari (pasangan) dengan orang miskin? Akan terdapat banyak lagi isu rumah yang miskin. Ini adalah masalah di Indonesia,” katanya semasa berucap di Mesyuarat Kerja Kesihatan Nasional di Jakarta.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Fachrul Razi.

Oleh itu, beliau mencadangkan Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Fachrul Razi untuk mengeluarkan fatwa yang mengarahkan orang miskin mencari orang kaya untuk berkahwin dan juga sebaliknya.

Namun begitu, difahamkan bahawa di Indonesia, mengeluarkan sesuatu fatwa bukannya tanggungjawab menteri tersebut kerana fatwa selalunya dikeluarkan oleh organisasi Islam termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas kajian komprehensif dilakukan oleh Suruhanjaya Fatwa atau pakar-pakar agama dan ulama.

Untuk baca artikel lain berkenaan negara Indonesia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca