Menonton Televisyen Terlalu Lama Boleh Menyebabkan Kanser Usus

Korang tahu tak, duduk terlalu lama sambil menonton televisyen boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapatkan kanser usus? Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal perubatan iaitu JNCI Cancer Spectrum, mendakwa bahawa duduk terlalu lama dalam tempoh 2 jam setiap hari dengan menonton televisyen boleh meningkatkan risiko kanser usus sebelum seseorang itu berusia 50 tahun.

Manakala, menurut laporan Times Now News, pasukan penyelidikan telah melakukan kajian ke atas tingkah laku tidak aktif yang ditunjukkan oleh 89,278 responden wanita yang berusia di antara 25 – 42 tahun di Amerika Syarikat.

Daripada jumlah tersebut, lebih daripada separuh 118 kes masalah kanser usus dalam kalangan orang muda disebabkan oleh tabiat suka duduk di hadapan televisyen lebih daripada sejam setiap hari. Selain itu, tingkah laku itu telah menunjukkan pesakit-pesakit tersebut mempunyai risiko 12% lebih tinggi berbanding dengan mereka yang kurang duduk menonton televisyen.

Pada tahun 2018, terdapat sekurang-kurangnya 1.8 juta kes baharu kanser kolorektal (usus besar) dilaporkan di seluruh dunia. Seramai 881,000 penghidap mati akibat kanser itu pada tahun yang sama.

Dalam kebanyakan kes, kanser usus biasanya boleh dielak dan dipercayai hanya menyerang individu-individu berusia 50 tahun ke atas. Namun, sejak beberapa tahun ini berlaku peningkatan terhadap kes tersebut dalam kalangan pesakit yang berusia 20 tahun ke atas.

Jadi, apa pendapat korang tentang perkara ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca