Menjaga Anak Angkat Dengan Baik, 9 Selebriti Ini Dipuji Warganet

Anak adalah penambah rezeki dalam keluarga. Sesiapa sahaja boleh mengambil anak angkat. Tindakan sesetengah artis mengambil anak angkat wajar dipuji kerana bukan mudah untuk menjaga anak angkat lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang.

Namun, adakah mereka mampu menjaganya dengan baik?

Ini adalah sembilan selebriti yang menjaga anak angkat mereka bagai menatang minyak yang penuh.

1. Hael Husaini

Hael Husaini

Penyanyi yang popular dengan lagu Hajat dan Haram ini telah mengambil anak angkat pada tahun 2017 di mana Hael sering memuat naik beberapa keping foto bayi di laman sosial miliknya.

Anak angkatnya yang diberi nama Nur Helena itu kini sudah mencecah usia tiga tahun. Menurut Hael, kehidupannya berubah sepenuhnya setelah kehadiran Helena.

Menurut Hael juga, Helena merupakan rezeki yang sangat berharga buat dirinya.

2. Sufian Suhaimi

Berita pengambilan anak angkat oleh penyanyi lagu Terasa Ada dan Di Matamu ini telah dikhabarkan melalui laman sosial Instagram miliknya.

Anak angkatnya yang diberi nama Faeq Razeeq merupakan anak kepada rakan baiknya ketika di sekolah. Mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Menurut Sufian, dia mengambil anak angkat adalah kerana ingin menjadi seorang yang lebih baik untuk ibu bapa serta keluarga.

3. Misha Omar

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila ini mengambil anak angkat pada tahun 2007 dan diberi nama Mohd Adam Emir. Pada awalnya, Misha tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya sehingga tahun 2009. 

Kemudian, Misha mengambil seorang lagi anak angkat yang diberi nama Humaira Lateefa.

Misha kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa hasil perkahwinan dengan suaminya

4. Stacy Anam/Ummu Shaikhah Stacy

Ramai yang mengetahui Stacy Anam memiliki seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil dan diberi nama Bella Valentina atau juga dipanggil Beya.

Kini usia Beya sudah mencecah lapan tahun dan dia diberikan kasih sayang yang secukupnya oleh Stacy dan suaminya Akim Ahmad. Kehidupan mereka bertiga bertambah bahagia dengan kehadiran Eshaal.

5. Abby Abadi

Tidak sampai sebulan mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi mendedahkan bahawa dia menerima pula seorang bayi perempuan.

Bayi yang diberi nama Maisara Dayana Fathia itu disifatkan sebagai rezeki dari Allah untuknya.

Abby dan suaminya, Faizal Zakaria menerima kehadiran dua orang anak angkat pada tahun 2018. Walaupun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Norman Hakim, namun Abby tetap memberikan sepenuh kasih sayang kepada dua orang anak angkat mereka itu.

6. Fynn Jamal

Umum sedia maklum bahawa Fynn Jamal mempunyai masalah untuk hamil. Kemudian, Fynn Jamal membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Bakti Arjuna Fitri.

Selepas beberapa tahun, Fynn mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri. Fynn sering memuat naik foto kedua anak angkatnya itu di laman sosial Instagram miliknya.

7. Erma Fatima

Penerbit serta pelakon Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat yang dijaga sejak kecil yang diberi nama Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Erma sering berkongsi aktiviti bersama anak-anaknya dan sering kali menerima pujian daripada warganet tentang cara Erma melayan keluarga.

8. Zizie Izette

Pasti ramai yang kurang tahu, pelakon Zizie Izette juga turut mengambil anak angkat pada tahun 2015. Malah, ketika hamil anak kembar, Zizie juga mengasuh seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aaric Zayn Izette. Kini, beliau mempunyai dua orang anak angkat serta tiga orang anak kandung.

9. Datin Rebecca Nur Islam

Ibu kepada lapan orang cahaya mata ini, pernah mengambil anak angkat yang diberi nama Nor Adam Daniel.

Rebecca juga pernah menghiraukan pandangan warganet apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan untuk mengeluarkan susu badan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca