Menipu Untuk Dikahwinkan Dengan Orang Kaya, Lelaki Jual 130 Wanita Di Afghanistan Ditangkap

Seorang lelaki yang menjual 130 wanita di Afghanistan telah berjaya diberkas oleh Taliban di utara Jawzjan lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jawzjan, Mohammad Sardar Mubariz berkata, tertuduh menyasarkan wanita miskin yang terdesak untuk memperbaiki taraf hidup. Lelaki itu akan menyatakan kepada mangsa bahawa dia akan mencari calon suami yang kaya untuk mangsa dan kemudiannya akan membawa mangsa ke wilayah lain di mana mereka akan  dijual sebagai hamba.

Lelaki ini dikatakan telah memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan dengan menggunakan taktik ini. Jumlah yang didakwa oleh pihak polis ialah sebanyak 130 orang kesemuanya.

Berpuluh-puluh wanita di Afghanistan telah didagangkan tertuduh. Sumber: Berita Harian

Walaupun jenayah, nepotisme dan rasuah bukalah suatu hal yang asing di Afghanistan, Taliban tetap berusaha untuk membendung beberapa jenayah seperti rompakan dan penculikan di bandar-bandar besar sejak mereka kembali berkuasa tiga bulan lalu. Namun disebabkan oleh peningkatan kadar kemiskinan, tuntutan kerajaan Taliban terhadap perundangan terjejas.

Kementerian Dalam Negeri Taliban memaklumkan hari ini bahawa terdapat 60 orang termasuk kakitangan pejabat passport ditangkap kerana jenayah pemalsuan dokumen bagi mendapatkan passport. Sehubungan dengan itu, pejabat passport di Kabul ditutup sementara untuk urusan penyelenggaraan.

Untuk baca artikel-artikel berkenaan, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca