Meningkat Secara Berterusan Sejak Awal Tahun, Jangkitan HFMD Di Selangor Lepasi Tahap Amaran

Semenjak awal tahun ini, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-anak berusia tujuh tahun ke bawah di Selangor telah meningkat secara berterusan dan kini sudah melepasi paras amaran.

Setakat 7 Mei lalu, sebanyak 6,748 kes direkodkan membabitkan penularan dalam kalangan 118 kluster. Majoriti daripadanya adalah tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak iaitu sebanyak 95 peratus.

Menurut Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan negeri, trend penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak di negeri Selangor meningkat secara berterusan daripada awal tahun hingga kini.

“Sehingga 7 Mei lalu, sebanyak 6,748 kes telah dinotifikasi dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran di Selangor.”

“Daripada bilangan itu, sebanyak 4 peratus dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.”

“Pada masa sama, ada 118 kluster HFMD dilaporkan, dengan 95 peratus daripadanya membabitkan kluster di taska/tadika serta pusat jagaan harian. Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan,” kongsinya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi JKNS.

Sumber: mkn.gov.my

Sehubungan dengan itu, JKNS menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya tidak membawa anak ke tempat-tempat awam serta tidak menghantar mereka ke sekolah jika kanak-kanak tersebut mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD.

Hal ini demikian kerana ia boleh merebakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

“Amalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh dan merawat lepuh.”

“Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin.”

“Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan agar menguruskan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul,” katanya.

Untuk baca artikel yang berkaitan, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca