Menghitung Hari Bergelar Isteri, Mira Filzah Selesai Khatam Al-Quran

Mengambil keberkatan hari Jumaat, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah, 28, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman telah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adik perempuannya, Aina Fadhilah di kediaman keluarganya pagi tadi.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu berlangsung secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dihadiri anggota keluarga terdekat.

Mira tampil cantik dengan menggayakan jubah berwarna pink dengan hiasan pelamin daripada Kayangan Gallery.

“Majlis hari ini dianjurkan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Kami tidak mengadakan majlis berinai. Jadi, atas permintaan Opah dan mereka yang lebih tua, lebih baik diadakan majlis khatam al-Quran sahaja.

“Majlis khatam al-Quran ini juga diadakan serentak bersama adik bongsu, Nur Ainaa Fadhilah, 25, yang akan bernikah esok.

“Berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak dapat meluangkan masa yang lama di sini, kami buat keputusan untuk menganjurkan majlis khatam al-Quran pada hari ini serentak,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Sangkar ini masih berahsia mengenai tarikh pernikahannya dengan arkitek, Wan Emir Astar, 30.

Untuk rekod, pada April lalu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan bahawa dirinya sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Ia secara tidak langsung mengesahkan spekulasi percintaannya bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Sementara itu, pada 16 Julai lalu, Mira mengakui telah menjadi tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

Kami dari team Lejen Digital ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua bakal pengantin ini dan semoga dipermudahkan urusan.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca