Menggonggong Kakinya Yang Putus, Kucing Liar Ini Kembali Setelah Hilang Selama 20 Hari

Kaki kucing putus

Kes-kes seperti kucing terputus kaki akibat dilanggar oleh kenderaan atau didera bukanlah sesuatu perkara yang jarang didengari. Eunbi, kucing liar yang diberi makan oleh sepasang warga emas di Korea Selatan kembali dengan menggonggong kakinya yang terputus setelah hilang selama 20 hari.

Berbeza dengan kucing peliharaan, peluang untuk hidup bagi kucing liar yang mengalami kecederaan kritikal mungkin agak tipis. Kucing-kucing yang mengalami kecederaan seperti Eunbi selalunya tidak akan bertahan lama akibat kejutan daripada kecederaan tersebut.

Eunbi bagaimanapun kembali dan meminta tolong kepada sepasang suami isteri warga emas yang selalu memberi makan kepadanya selama lima tahun.

Sumber: YouTube WOWVideo

Eunbi merantau mengharungi kesejukan dengan kakinya yang terputus untuk kembali ke pangkuan mereka yang menyayanginya. “Haiwan selalunya tahu siapa yang sayang kepada mereka.

Eunbi tahu ia akan dapat diselamatkan dengan kembali kepada saya,” ujar si suami warga emas tersebut.

Eunbi telah menerima rawatan dengan pertolongan daripada Persatuan Perlindungan Haiwan Peliharaan Korea dan menjalani pemulihan di rumah.

Menurut doktor yang merawat kucing liar tersebut, Eunbi telah mendapat kecederaan itu empat hari sebelum kembali ke rumah warga emas tersebut.  

Doktor tersebut kagum dengan haiwan itu kerana bukan sahaja Eunbi tahu ia telah kehilangan salah satu kakinya, kucing tersebut turut membawa anggota badannya yang terputus itu pulang bersamanya.

Tiada siapa tahu bagaimana Eunbi cedera sampai terputus salah satu kakinya. Pasangan warga emas tersebut berpendapat bahawa mungkin Eunbi mengalami kemalangan akibat dilanggar atau terpijak perangkap untuk haiwan liar.

Kini, Eunbi menjadi kucing kesayangan di bawah jagaan mereka berdua.

Anda boleh menonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita si Eunbi bersama warga emas yang memeliharanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca