Mengenakan Kebaya Sewaktu Majlis Rumah Terbuka, Bunga Citra Lestari Dipertikai Warganet

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi satu foto di laman Instagramnya di mana dia mengenakan sepasang kebaya ketika mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.

Perkongsian isteri kepada Ashraf Sinclair itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet di ruangan komen gara-gara pakaiannya.

Rata-rata warganet dari Indonesia mempersoalkan pemakaian Bunga dan mencadangkannya supaya memakai pakaian tradisional Indonesia. Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang berpendapat bahawa kebaya itu sebenarnya berasal dari Indonesia.

Terdahulu, Ashraf dan Bunga telah melangsungkan perkahwinan pada November 2008 di Jakarta.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah pada tahun 2010.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca