Mengelupas Tidak Sampai Sebulan, Atlet Gimnastik Ini Persoal Kualiti Pingat Emas Olimpik Tokyo

Baru sahaja melabuhkan tirainya pada 8 Ogos lalu, nampaknya isu mengenai kualiti pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah mula kedengaran.

Atlet gimnastik China, Zhu Xueying yang memenangi emas dalam acara trampolin berkongsi beberapa keping foto mendakwa saduran emas pada pingat yang dimenangi beliau sudah mula terhakis.

Atlet berusia 23 tahun itu dipercayai telah memuat naik gambar itu di laman media sosial Weibo dan bertanya sama ada perkara sama turut dimenangi oleh pemenang Olimpik yang lain. Bukan sahaja Xueying, perenang Wang Shun juga dipercayai turut mengalami masalah yang sama.

Sumber: The Vocket

Pada mulanya, Xueying menyangka tanda itu hanya kotoran kecil pada pingat. Jadi, beliau menggaru kotoran itu dengan kukunya sehingga mendapati pingat beliau akhirnya mengelupas.

Selepas perkongsian itu tular, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) Tokyo 2020 memaklumkan bahawa kesan mengelupas itu hanya berlaku pada lapisan luar yang melindungi pingat tersebut daripada sebarang calar dan kekotoran.

Sumber: Twitter @11240Cherry

Jawatankuasa itu turut mendakwa kualiti pingat masih lagi tidak terjejas sekiranya lapisan pelindung itu ditanggalkan. Dalam erti kata lain, pingat emas itu tidak mengelupas seperti yang disangka oleh atlet berkenaan.

Isu yang tular ini bagaimanapun terpaksa dijelaskan oleh Xueying di mana beliau mengakui tidak berniat memalukan pihak penganjur sebaliknya hanya mahu bertanya sekiranya atlet lain turut mengalami masalah yang sama.

Untuk rekod, semua pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Olimpik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca