Mengapa ‘Try Hard’ Untuk Bergembira Dan Terlalu Fikir Positif Boleh Buat Anda Makin Sedih

Pernahkah anda menonton filem animasi ‘Inside Out’?

Filem ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Riley dan lima emosi bernama Joy, Anger, Sadness, Disgust dan Fear yang bersarang di dalam kepalanya.

Sumber gambar: Giphy

Setiap emosi mainkan peranan masing-masing tetapi Joy yang paling dominan dan mahu mengawal semua benda asalkan Riley selalu gembira.

Sumber gambar: Giphy

Dia cuba sisihkan Sadness, rakan sekerjanya yang penyedih itu agar tidak mengganggu perasaan Riley. Oleh sebab itu, Riley terpaksa senyum walaupun sedang berduka.

Sumber gambar: Giphy

Dipendekkan cerita, setelah melalui pengembaraan bersama-sama barulah Joy sedar yang Sadness itu bukan musuhnya tetapi rakan kongsi.

Sumber gambar: Giphy

Akhirnya Riley menangis, bukan lagi sebab sedih tetapi tangisan kesyukuran dan kelegaan. Kematangan datang selepas merasai suatu kehilangan.

Begitulah serba sedikit sinopsis filem di atas sebagai metafora dan pembuka artikel ini.

Apabila berasa down ketika menghadapi masalah, kita sering dinasihatkan untuk “selalu berfikiran positif” dan “jangan asyik fikir negatif”.

Berfikiran positif dan optimis memang dituntut. Namun jika sampai tahap ekstrem sehingga cuba menidakkan emosi dan perasaan sebenar juga boleh memudaratkan. Ini yang dipanggil ‘toxic positivity’.

Menurut kata seorang pakar psikologi, ketakutan dan kesedihan itu tidak akan hilang jika kita sering menafikannya atau cuba mengalih perhatian dengan mencari keseronokan sementara seperti skrol media sosial dan melihat video lawak hambar.

Selalu mahu bergembira saja adalah perkara tidak realistik kerana manusia biasa tidak akan ‘berehat’ daripada menghadapi dugaan di atas dunia yang naik turun naik seperti roller coaster ini. Pasti ada sesuatu yang membuat kita sedih, takut dan malu.

Kemampuan untuk berasa sedih itulah yang akan mengajar erti cekal dan tabah. Penafian perasaan sedih ini boleh mengakibatkan kemurungan dalam jangka masa panjang.

Antara saranan pakar psikologi itu sekiranya berhadapan dengan emosi negatif adalah menerimanya dengan terbuka kerana ia bersifat sementara, datang dan pergi. Jika mengabaikannya, ia jadi semakin membesar supaya anda memberi perhatian kepadanya.

Jika diselubungi emosi negatif berlebihan pula, beliau nasihatkan agar meluah kepada orang terdekat atau pihak profesional. Jika tiada tempat untuk mengadu, kita ada Allah yang berada lebih dekat dengan kita berbanding urat nadi sendiri.

Kesimpulannya, emosi positif dan negatif perlu seiring, seimbang dan diraikan bersama.

Artikel Lain Untuk Di Baca