Mengapa Rasa Mengantuk Selepas Makan Tatkala Di Bulan Ramadan?

Mengapa Rasa Mengantuk Selepas Makan Tatkala Di Bulan Ramadan

Anda merasa mengantuk selepas makan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan? Sudah tentu ramai yang mengalami situasi seperti ini khususnya selepas waktu sahur dan berbuka.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang memaklumkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu boleh jadi normal atau sebaliknya.

1. Tindak balas sistem pencernaan

Sistem pencernaan manusia yang memecahkan nutrien daripada makanan.
Sumber: DRDERAMUS

Sistem pencernaan akan memecahkan nutrien selepas makan untuk mengubahnya menjadi glukosa lalu membentuk tenaga dalam tubuh badan manusia.

“Hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK) akan dilepaskan melalui tubuh badan kita. Berikutan itu, hormon ini akan meningkatkan paras gula dalam darah selain mewujudkan rasa kenyang. Penghasilan insulin daripada hormon ini akan disalurkan melalui tisu sel serta memberikan tenaga,” jelas beliau.

Serotonin yang dikeluarkan melalui otak akan menyebabkan rasa mengantuk apabila tiba pada masanya.

2. Jenis makanan

Jenis makanan juga mempengaruhi rasa mengantuk.
Sumber: KOMPAS.com

Makanan yang mengandungi asid amino tryptophan adalah makanan yang tinggi karbohidrat dan kaya dengan protein seperti nasi, daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju serta kacang soya.

Penyebab utama kita berasa mengantuk apabila asid amino yang digunakan oleh badan

Serotonin terbentuk menggunakan asid amino dalam badan yang menyebabkan kita berasa mengantuk,” katanya lagi.

3. Tabiat tidur

Corak tidur yang tidak teratur turut menjadi faktor.
Sumber: Redaksi

Menurut Dr Samhan, faktor lain yang menyebabkan rasa mengantuk selepas makan ialah corak tidur yang tidak teratur.

Tubuh badan yang berasa kenyang dan santai selepas makan akan menjadikan tubuh terasa sedang berehat. Hal ini berlaku jika tidak mendapatkan tidur yang berkualiti pada malam sebelumnya dan menyebabkan rasa mengantuk berpanjangan.

4. Tahap kesihatan

Mengapa Rasa Mengantuk Selepas Makan Tatkala Di Bulan Ramadan?
Tahap kesihatan amat penting bagi setiap individu.
Sumber: astro awani

Sekiranya rasa mengantuk lebih kerap anda rasai, berkemungkinan itu adalah simptom penyakit. Penyakit seperti Celiac, Anemia, food intolerance, sleep apnea, alahan atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif,” tambahnya lagi.

Jika keadaan tersebut berlarutan, dinasihatkan agar berjumpa serta merujuk kepada pakar kesihatan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca