Search
Close this search box.

Mengapa Ramai Pesakit Diabetes Meninggal Dunia Akibat COVID-19? Ini Adalah Jawapannya

Setiap hari pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 meningkat yang melibatkan ratusan negara di seluruh dunia.

Daripada jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital, 90 peratus menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit kronik, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat.

Antaranya adalah darah tinggi, obesiti, diabetes mellitus, penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia, Puchong, Dr. Muhammad Shahruddin berkata penyakit diabetes mellitus menyumbang hampir 30 peratus dalam statistik ini.

“Sebahagian besar daripada pesakit COVID-19 yang mengalami simptom teruk, komplikasi atau maut dikesan menghidapi penyakit kencing manis.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap dan kesan jangkitan COVID-19 adalah jumlah virus, replikasi virus di paru paru dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

80 peratus daripada pesakit yang dijangkiti COVID-19 akan sembuh kerana sistem imun mereka bertindak balas secara normal. Namun dalam sesetengah pesakit, sistem imuniti bertindak secara melampau atau berlebihan menyebabkan keadaan pesakit boleh merosot,” jelasnya.

Salah satu teori saintis mengapa pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi adalah kerana sistem imuniti yang terjejas atau tidak normal.

“Ini menyebabkan perbezaan dalam respons imun kepada jangkitan COVID-19. Masalah ini juga dilihat dalam pesakit diabetes yang dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria.

Selain daripada tindak balas imun yang tidak sempurna atau normal itu, pesakit diabetes yang dijangkiti COVID-19 juga boleh mendapat komplikasi daripada penyakit diabetes itu sendiri seperti kandungan glukosa terlalu tinggi atau rendah (hipoglisemia) serta komplikasi ketoasidosis kencing manis.

Warga emas yang mengalami diabetes berisiko tinggi dengan kematian sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Oleh itu, pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis perlu menjaga kesihatan dengan baik terutamanya dalam memastikan stok ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan doktor untuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal,” katanya.

Di samping itu, perlu juga mengawal pengambilan makanan terutamanya yang mengandungi kadar gula atau karbohidrat yang tinggi.

Selain itu, praktikkan juga penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan. Ini adalah sangat penting untuk mengelak terkena jangkitan kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Di Malaysia, rekod kematian sehingga 21 April adalah 92 orang dengan rekod positif keseluruhan 5,483 kes.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan kematian disebabkan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca