Mengapa Produk ‘Whitening’ Sering Menjadi Pilihan Masyarakat?

Putih vs hitam sering menjadi perbualan yang selalu didengari saban hari. Masyarakat Malaysia sangat menyanjung tinggi dengan orang-orang yang mempunyai rupa dan gaya.

Sedangkan jika diperhatikan warna kulit yang kita miliki itu sudah cukup membuatkan kita terlihat sempurna dan cantik dimata kita sendiri.

Kenapa perlu mengikuti trend dan beauty standard yang manusia lain tetapkan? Sedangkan perkataan cantik itu adalah subjektif.

Kehidupan hari ini lebih mengagungkan kepada beauty standard yang tidak sepatutnya wujud sama sekali. Tanpa disedari kita telah membina masyarakat yang lebih mementingkan rupa dan gaya berbanding dengan perkara lain.

Tidak semua yang peduli dengan nilai-nilai lain yang dimiliki oleh mereka yang kurang mendapat tempat dihati masyarakat ini.

Sampai bila masyarakat kita perlu mempromosikan produk untuk memutihkan kulit? Walhal hakikatnya tafsiran cantik itu sendiri adalah lebih luas berbanding pandangan mata manusia semata-mata.

Antara bahan-bahan yang terlarang yang selalunya tidak disedari kewujudannya dalam produk pemutih adalah Hydroquinone, Tretinoin dan juga Merkuri.

Bahan-bahan terlarang ini mempunyai kesan sampingan yang buruk sehingga boleh menyebabkan kanser kulit.

Selain itu, kaedah dripping vitamin C juga merupakan suatu kaedah pemutihan yang berbahaya dalam jangka masa panjang.

Ini boleh mengakibatkan sakit buah pinggang kerana berurusan dengan doktor atau pengamal perubatan yang tidak bertauliah bagi melalukan kaedah pemutihan atau bleaching.

Masyarakat di Asia seperti Malaysia dan Filipina sangat obses untuk mempunyai warna kulit yang putih. Namun, tanpa disedari keinginan ini mampu mengundang risiko kesihatan yang lebih buruk.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca