Mengamuk Ketika Diarah Pakai Topeng Muka, Lelaki Di Filipina Maut Ditembak Polis

Terdahulu, Presiden Rodrigo Duterter telah mengarahkan pihak polis ataupun tentera untuk menembak sehingga meragut nyawa sesiapa sahaja yang melanggar perintah berkurung atau menimbulkan masalah ketika pandemik COVID-19.

Menurut laporan media tempatan semalam, seorang lelaki telah ditembak sehingga meragut nyawa kerana telah melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Dikatakan lelaki itu mengamuk apabila diarahkan memakai topeng muka lalu terus ditembak oleh pihak polis sekali gus menjadikan ini kes pertama yang berlaku di Filipina melibatkan hukuman melanggar perintah berkurung.

Kejadian terjadi di pekan Nasipit, Selatan Wilayah Agusan del Norte, lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk apabila menggunakan sabit.

“Suspek diminta oleh petugas kesihatan daerah untuk menggunakan topeng muka, namun dia mula menjadi marah dan melemparkan kata-kata kesat sebelum cuba menyerang pegawai terbabit menggunakan sebilah sabit,” kata polis.

Untuk rekod, kerajaan Filipina telah mengarahkan semua rakyatnya untuk menggunakan topeng muka setiap kali berada di luar rumah sepanjang tempoh perintah berkurung.

Malah, mereka tidak semestinya perlu menggunakan topeng muka yang rasmi, cukup sekadar menutup muka dengan sebarang kain yang boleh menutup hidung dan mulut.

Filipina kini merekodkan jumlah 3,000 kes positif COVID-19 dan 144 mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca