Mengambil Istilah Lama Jawa, Ibu Negara Baharu Indonesia Dinamakan Nusantara

Suharso Monoarfa, Menteri Perancangan Pembangunan Nasional, berkata ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama Nusantara.

Beliau mengumumkan hal tersebut semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu itu semalam, di Parlimen. Menurutnya, Presiden Joko Widodo telah mengesahkan nama tersebut pada Jumaat 14 Januari lalu.

Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Presiden Jokowi telah mengesahkan nama Nusantara sebagai nama ibu negara baharu Indonesia pada 14 Januari, kata Suharso. Sumber: BERNAMA

“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara,” kata Suharso.

Nusantara merupakan satu istilah lama jawa yang bermaksud “pulau luar”. Ia merupakan satu nama yang ikonik di peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda, ibu negara baharu itu merupakan antara projek infrastruktur yang menjadi keutamaan Presiden Jokowi di Indonesia. Ia bertujuan untuk memangkin potensi ekonomi secara keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Untuk pembinaan ibu negara baharu itu, peruntukan sebanyak US$35.8 juta telah diberikan oleh Indonesia dalam bajet negeri 2022. Keseluruhan projek itu dilaporkan menelan belanja sebanyak US$35 bilion.

Pembinaan fizikal ibu negara baharu itu dijangka untuk bermula pada tahun ini setelah rang undang-undang negara tersebut diluluskan parlimen.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca