Mengambil Ilham Daripada Kisah Benar, Iklan Raya SAJI Menyayat Hati Penonton

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita setiap kali musim perayaan untuk menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan. Sempena Aidilfitri ini pula, tentunya pelbagai terbitan video dan iklan menjadi penantian umum.

Dalam banyak-banyak kreativiti yang ditunjukkan, SAJI tampil dengan penghasilan sebuah iklan yang berjaya mencuri tumpuan ramai dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada khalayak umum.

Diilhamkan daripada sebuah kisah benar, iklan yang bertajuk “Mangkuk Tingkat Mak Teh” ini menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia iaitu Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae dan Sara Ali.

Dalam iklan yang berdurasi lima minit dan 28 saat itu, cerita mengikuti rutin harian Mak Teh yang mengayuh basikalnya ke klinik untuk menghantar bekalan buat suaminya.

“Mak Teh rindu dia,” sebaris ayat yang menjentik hati mereka yang menontonnya sehingga menitis air mata.

Tahukah anda mengenai peristiwa asal yang memberi ilham kepada olahan iklan ini? Berlaku pada tahun 1975, seorang isteri telah kehilangan suaminya secara kejam di tangan komunis ketika serang hendap.

Dikenali sebagai Mak Cik Saadiah oleh warga penduduk di Gerik, Saadiah Abdullah mengayuh basikal dari rumah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selama 37 tahun selepas kematian suaminya.

sumber: Twitter

Kasih sayang dan kesetiaannya terhadap suami, Alias Nik Daud, memberinya kekuatan untuk meneruskan rutinnya setiap hari walaupun kehilangannya masih terasa.

Saadiah tetap menghantar makanan seperti nasi dan lauk-pauk ke IPD tersebut untuk anggota polis yang bertugas di balai berkenaan. “Makcik berasa suami masih bertugas di balai bersama rakannya.”

sumber: Berita Harian


Saadiah tidak lagi menjalankan rutin hariannya setelah terjatuh basikal pada tahun 2012. Kini, dia juga hanya pergi ke IPD Gerik tersebut sekali dalam satu bulan dan membawa makanan ringan seperti gula-gula berbanding bekalan yang selalu dimasaknya sebelum ini.

Anda boleh melihat video penuh iklan raya SAJI ini di bawah:


Artikel menarik lain untuk dibaca:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca