Mengaku ‘Tidur’ Dengan Lebih 100 Mayat, Ini 5 Kisah Individu Yang Langsung Tidak Hormat Pada Si Mati

Jenayah terhadap mayat boleh berlaku dalam bentuk necrophilia , penjualan organ dalaman di pasaran gelap dan banyak lagi. Salah satu contoh yang agak popular berkaitan kes penindasan terhadap si mati telah dilakukan oleh seorang lelaki Rusia bernama Anatoly Moskvin. Pemuda ini sanggup menggali semula beberapa kubur kanak-kanak dan menjadikan mereka koleksi anak patungnya.

Berikut merupakan 12 individu lain yang langsung tidak menghormati mereka yang sudah meninggal dunia.

1. Shaynna Lauren Sims

Pada April 2015, Shaynna Lauren Sims, 28, telah berpura-pura menjadi tukang solek mayat untuk memasuki sebuah rumah pengebumian di Tulsa, Oklahoma. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mencari mayat Tabatha Lynch.

Difahamkan, Shaynna amat membenci Tabatha ekoran mengesyaki Tabatha merupakan perempuan simpanan suaminya. Dek kerana dikuasai rasa marah dan cemburu, Shaynna telah memotong payudara, jari kaki dan rambut Tabatha. Malah, wajah mayat tersebut juga dicacatkan dengan teruk.

Shaynna akhirnya dihukum penjara 16 tahun selepas didapati bersalah membuang bahagian badan mayat tanpa kebenaran.

2. Mayat ditinggalkan sehingga cair dan reput

Pada Julai 2014, seorang tuan tanah telah menemui lapan mayat di Johnson Family Mortuary di Fort Worth, Texas. Menurutnya, lokasi tersebut dimiliki oleh Donde Johnson sebelum kontraknya ditamatkan lapan minggu yang lalu.

Hasil siasatan mendapati Donde telah meninggalkan enam mayat dewasa di atas tandu di dalam sebuah bilik tanpa pendingin hawa. Hal itu menyebabkan jasad-jasad terbabit mereput dengan sangat teruk sehingga cecair badan mereka telah memenuhi bakul-bakul yang sengaja diletakkan di bawah tandu berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, pihak penyiasat juga telah menemui dua mayat kanak-kanak yang ditinggalkan. Salah satu daripada mayat tersebut merupakan seorang bayi yang dipercayai telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu. Difahamkan, kedua-dua jasad anak kecil itu sudah cair dek cuaca yang panas.

Donde Johnson akhirnya ditahan pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana mendera mayat.

3. Kenneth Douglas

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas DNA milinya ditemui pada badan dua mayat. Kenneth Doughlas, 55, merupakan seorang pekerja di sebuah rumah pengebumian di Hamilton, Ohio pada tahun 1976 sehingga 1992.

Pada mulanya, Kenneth dijatuhkan hukuman berkenaan pada 2008 selepas dia mengaku mengadakan hubungan seks dengan mayat seorang remaja perempuan yang telah dibunuh pada tahun 1982.

Walau bagaimanapun, Kenneth telah mengaku dia sebenarnya telah merogol lebih 100 mayat yang lain di rumah pengebumian sama. Menurutnya, dia melakukan perbuatan tersebut semasa di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

4. Anthony Parisi

Anthony Parisi, 83, telah meninggal dunia selepas diserang sakit tua. Pada Julai 1986, keluarga lelaki tersebut telah membawa mayatnya ke Yannantuono Funeral Home di Mount Vernon, New York.

Walau bagaimanapun, keluarga Anthony menerima berita yang menggemparkan setelah seorang pekerja rumah pengebumian itu memberitahu kepada Anthony sudah dipotong.

Sehingga kini, kepala Anthony Parisi masih tidak dapat dikesan dan tiada suspek telah diberkas. Pihak polis percaya bahawa kejadian tersebut bermotifkan dendam. Laporan lanjut mengatakan kepada Anthony dipotong dengan penuh teliti seolah-olah pelakunya adalah seorang profesional.

5. Lewis J. Howell

Pada bulan Jun 1988, pihak berkuasa telah menjumpai beberapa mayat reput yang ditinggalkan di luar Howell Morning Glory Chapel Funeral Home di Jacksonville, Florida.

Pada mulanya, polis hanya menemui sembilan mayat di luar dan di dalam rumah pengebumian terbabit. Namun begitu, siasatan lanjut mendapati terdapat 36 jasad lain dan beberapa bahagian badan yang disimpan di dalam bangunan berkenaan.

Pemilik rumah pengebumian itu, Lewis J. Howell dipercayai telah menyumbat mayat-mayat tersebut di dalam sebuah almari. Sesetengah daripada jasad tersebut disyaki sudah disimpan selama 10 tahun. Malah, beberapa keranda yang telah dibuka semula oleh pihak berkuasa mendedahkan Lewis telah menyumbat sebanyak lapan mayat di dalamnya.

Lewis J. Howell telah dijatuhkan hukuman penjara satu tahun kerana menyalahgunakan wang pengebumian. Namun begitu, lelaki berkenaan dilaporkan hanya ditahan selama tiga bulan sebelum dibebaskan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca