Mengaku Tersilap Tembak, 5 Negara Kini Akan Ambil Tindakan Terhadap Iran

Lima negara yang rakyatnya terkorban dalam insiden hempasan kapal terbang Ukraine International Airlines PS752 di Iran pada minggu lalu dilaporkan akan membuat satu perjumpaan di London pada Khamis ini bagi membincangkan tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil.

Menurut Vadym Prystaiko yakni Menteri Luar Ukraine, negara-negara berkenaan dilaporkan akan berbincang mengenai pampasan dan siasatan berkaitan nahas terbabit.

Pada Sabtu lalu, kerajaan Iran mengaku telah tertembak pesawat komersial Ukraine itu setelah mendapati ia terbang berdekatan dengan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara itu.

Menerusi kenyataannya, tentera Iran mengaku telah menembak kapal terbang berkenaan dengan tidak sengaja dan perkara terbabit dikatakan berlaku atas faktor kesilapan manusia.

Tedahulu, pesawat Ukraine International Airlines berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini pada 8 Januari lalu sebelum terhempas tidak lama kemudian berhampiran kawasan Parand iaitu sebuah bandar di wilayah Robat Karim.

Kesemua 167 penumpang dan sembilan anak kapal pesawat yang terdiri daripada warga Iran, Kanada, Ukraine, Sweeden, Afghanistan, Jerman dan United Kingdom maut di tempat kejadian.

Nahas kapal terbang yang sedang dalam perjalanan ke Kiev sebelum ke Kanada itu merupakan kemalangan pesawat paling teruk pernah berlaku di Iran dalam tempoh masa lebih 10 tahun.

Untuk membaca artikel lain berkaitan nahas kapal terbang Ukraine International Airline, sila klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca