Mengaku Sokong Pasukan Bola Sepak, Maria Ozawa Jadi Maskot Tak Rasmi Pasukan Garuda Di Sukan SEA

Kehadiran Maria Ozawa ketika perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Thailand di Filipina baru-baru ini menjadi sensasi orang ramai ekoran pengakuan wanita itu yang terang-terangan menyokong pasukan Garuda.

Buat yang tidak mengenali siapakah gerangan Maria Ozawa ini, wanita cantik ini pernah menjadi salah seorang pelakon filem dewasa yang popular di negara kelahirannya yakni Jepun.

Walau bagaimanapun, Maria kini sudah meninggalkan industri penuh kontroversi terbabit dan kini menetap di Filipina. Jadi, tidak hairanlah bagaimana aktres ini boleh berada di negara tuan rumah Sukan SEA tahun ini.

Kemungkinan kehadiran Maria ke stadium pada hari itu bukanlah sesuatu yang terlalu asing. Namun begitu, ia menjadi bualan hangat terutama di negara jiran ekoran Maria dilihat memakai jersi pasukan Garuda.

Tidak cukup dengan itu, Maria juga dengan bangganya memuat naik beberapa video dan gambar dia berpakaian jersi Indonesia di laman Instagram miliknya. Malah, wanita berkenaan turut mencium bendera negara terbabit.

Menurut Beritagar, Maria secara terang-terangan telah mengaku dia merupakan salah seorang penyokong skuad bola sepak negara jiran itu. Malah, wanita tersebut juga berjaya meramalkan kemenangan Indonesia 2-0 menentang Thailand.

Untuk pengetahuan semua, Maria Ozawa bukan sahaja aktif berlakon di Jepun. Malah, bekas bintang filem porno ini juga pernah muncul dalam beberapa buah filem di Indonesia. Oleh itu, peminat-peminat negara jiran sememangnya menggemari wanita ini sehinggakan dia kini diangkat menjadi maskot tidak rasmi bagi pasukan Garuda di Sukan SEA tahun ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca