Mengaku Minum Darah Mangsanya, ‘Vampire’ Ini Dipercayai Bunuh 10 Kanak-Kanak

Seorang suspek pembunuh kanak-kanak yang terlepas daripada tahanan polis berjaya diberkas oleh seorang penduduk di sebuah perkampungan di Nairobi.

Masten Milimo Wanjala, 20, turut dikenali sebagai bloodthirsty vampire setelah mengakui dia akan meminum darah mangsa-mangsa yang dibunuhnya.

Suspek ditahan pada 14 Julai lalu setelah dua orang kanak-kanak telah dilaporkan hilang.

Wanjala berjaya diberkas setelah dua mayat yang dikenali sebagai Junior Mutuku Musyoka, 12, dan Charles Opindo Bala, 13, ditemukan di Kabete.

Setelah disiasat, lelaki itu mengaku bahawa dia sudah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.

Pihak polis yang masih menyiasat tentang kes tersebut masih tidak dapat mengenal pasti motif sebenar Wanjala.

Lelaki berkenaan dipercayai telah membunuh mangsa-mangsanya dan membuang mayat-mayat mereka di paip kumbahan terbuka.

Wanjala turut menceritakan bahawa dia akan menghisap darah mangsa menerusi urat yang dipotong sebelum kanak-kanak itu dibunuh.

Bukan itu sahaja, Wanjala juga mencekik mangsa-mangsanya sehingga mati.

Kesemua mangsanya berusia dalam lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Pihak media tempatan melaporkan bahawa Wanjala dipercayai telah mula membunuh sejak dia berusia 16 tahun lagi.

Pihak polis melaporkan lelaki itu dijangka hadir ke mahkamah semalam bagi menjalani sesi perbicaraan berkenaan kes pembunuhan tersebut.

Namun demikian, lelaki itu didapati telah hilang dari tahanan.

Walau bagaimanapun, Wanjala berjaya dijumpai oleh penduduk kampung di kampung halamannya yang terletak kira-kira 400 kilometer dari balai polis yang menahannya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca