Mengaku Lakukan Hubungan Seks Dengan Kawan Anak, Seorang Ibu Berdepan Hukuman Penjara 4 Tahun

Seorang ibu yang berasal dari California telah mengaku bersalah kerana melakukan hubungan seks dengan dua orang pelajar bawah umur yang juga merupakan rakan kepada anak perempuannya.

Coral Lytle, 42 telah menggoda kedua-dua mangsa yang berusia 14 dan 15 tahun pada musim luruh tahun 2017. Menurut laporan, suspek telah memandu mangsa sejauh hampir 24 kilometer dari daerah Tulare ke daerah Visalia untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebanyak 21 pertuduhan telah dikenakan ke atas suspek. Antara tuduhan tersebut adalah kerana kesalahan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur dan menunjukkan video lucah kepada mangsa.

Carol kini berdepan hukuman penjara maksimum empat tahun setelah dia mengaku melakukan perbuatan itu pada selasa lalu.

Menurut pihak pendakwa, Carol sudah mula melakukan penderaan seksual terhadap mangsa yang berumur 15 tahun pada September 2017. Pada Oktober tahun yang sama, Carol dilaporkan telah mencabul mangsa yang berusia 14 tahun.

Salah seorang mangsa mendakwa dia dan suspek pernah melakukan hubungan intim sebanyak tiga kali. Pada 5 Oktober 2017, mangsa berhenti berjumpa dengan Carol setelah berasa bersalah terhadap suami Carol.

Carol dilaporkan sering mengambil mangsa-mangsanya di sebuah taman atau di rumah mereka sebelum pulang ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks. Mangsa akan dihantar semula ke kediaman masing-masing apabila hari sudah petang.

Perlakuan Carol itu akhirnya terbongkar setelah salah seorang ibu bapa mangsa menjumpai gambar bogel suspek di dalam telefon anak mereka. Apabila disoal mengenai motif kejadian, Carol menyalahkan karekter dirinya yang kurang keyakinan. Malah, wanita itu turut mendakwa kematian saudaranya menyebabkan dia mengalami kemurungan dan terdorong untuk melakukan jenayah terbabit.

Laporan lain mengatakan bahawa Carol sudah ditinggalkan suaminya sejurus selepas wanita itu ditahan polis.

Kes jenayah Carol Lytle akan dibicarakan semula pada 4 November ini. Wanita itu berdepan hukuman penjara empat tahun dan bakal didaftarkan sebagai pemangsa seks buat seumur hidupnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca