Mengaku Diri Sebagai Nabi, Wanita Ini Dihukum Mati

Seorang wanita di Pakistan telah dijatuhkan hukuman mati setelah mengaku dirinya sebagai seorang nabi.

Wanita yang bernama Salma Tanveer yang juga merupakan seorang pengetua sekolah itu turut dikenakan denda sebanyak 50,000 Rupee Pakistan iaitu sebanyak RM12,228.

Salma didakwa telah mengedarkan sebuah salinan hasil penulisannya yang menyangkal Nabi Muhammad sebagai Nabi yang terakhir.

Terdahulu, Polis Lahore telah membuka siasatan kes terhadap Salma susulan daripada aduan yang telah dikemukakan oleh satu pihak pada tahun 2013.

Berdasarkan penghakiman 22 muka surat, Hakim Mansoor Ahmad Qureshi menyatakan bahawa perkara itu terbukti telah melampaui keraguan munasabah.

Hal ini kerana Salma Tanveer telah menulis dan mengedarkan hasil penulisannya yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam perbicaraan mahkamah, Muhammad Ramzan iaitu peguam kepada Salma telah menggunakan alasan bahawa anak guamnya itu tidak waras ketika melakukan perkara tersebut.

Namun demikian, tertuduh gagal membuktikan kesnya ialah di bawah jenayah dilakukan individu yang tidak waras dan tidak boleh dihukum iaitu Seksyen 84 Kanun Keseksaan Pakistan.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan telah mengemukakan laporan lembaga perubatan daripada Institut Kesihatan Mental Punjab yang mengatakan bahawa tertuduh adalah waras dan boleh menjalani perbicaraan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca