Mengajar Anak Dibesar Di AS Mencarut Dalam Bahasa Melayu, Wanita Ini Buat Warganet Kecewa

Tular dalam media sosial mengenai perilaku seorang wanita di dalam satu video Youtube, mengajar anak-anaknya yang dibesarkan di Amerika Syarikat untuk mencarut atau menggunakan kata-kata makian dalam bahasa Melayu.

Kedua-dua anaknya tersebut yang dibesarkan di sana sejak kecil, tidak mengetahui langsung akan penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri. Namun, yang mengecewakan warganet ialah wanita itu memutuskan untuk mengajarkan bahasa ibunda untuk tujuan mencarut dan berkata kesat. Antara perkataan yang diajar dia ialah, ‘kepala but&h, Puk&m#k, dan Mamp&5lah engkau’

Ramai warganet menunjukkan rasa hampa mereka dengan wanita tersebut dan turut mengeji perbuatan itu yang dianggap menghina budaya Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi ada juga sesetengahnya pula menjadikan wanita itu sebagai hiburan dan tidak menganggap perkara itu sebagai satu hal yang sensitif.

Selari dengan budaya Melayu yang mementingkan budi bahasa dan kesopanan, tidak pelik sebahagian warganet berasa tidak selesa dengan perbuatan wanita itu.

Matlamat wanita itu untuk mengajarkan anak remajanya tentang bahasa ibunda mereka tidak patut dicapai dengan menggunakan perkataan-perkataan carutan dan makian. Lagi pula, apabila hal itu adalah untuk dirakam dan disiar pada tontonan umum.

Kecewa dengan tindakan wanita ini, warganet meluahkan pendapat mereka di Twitter.

Sebahagian warganet yang lain pula ada memberikan respon berbeza tentang video ini,

Apa pendapat anda tentang hal ini?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca