Penyanyi dangdut, Datuk M.Daud Kilau kini ditahan di wad Hospital Teluk Intan (HTI) kerana mengalami sesak nafas Sabtu lepas.
Menurut Utusan Malaysia, Mohd. Zaini iaitu anak kepada M. Daud Kilau menjelaskan bahawa bapanya menghadapai kesukaran untuk bernafas atas sebab kencing manis tinggi.

“Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami kencing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.
“Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat,” terangnya.
Raja Gelek Malaysia ini sudahpun menempuhi kejadian yang sama iaitu sesak nafas pada September lalu.
Ini bermula apabila dia menghidap penyakit kencing manis, sakit pinggang dan masalah jantung sejak beberapa tahun lepas.
Diabetes berlaku apabila tubuh badan tidak mempunyai insulin yang mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan baik.
Insulin merupakan hormon yang memecahkan karbohidrat dari makanan yang kita makan menjadi energi yang membuat badan kita berfungsi secara efektif.
Oleh itu, M. Daud Kilau mengambil keputusan untuk berhenti membuat persembahan pentas atas sebab keadaan kesihatannya sekarang.