Mengadu Sakit Yang Melampau, Warga Emas Ini Tidak Sedar Ada Bayi ‘Mendiami’ Perutnya Selama 15 Tahun

Kita sering digemparkan dengan berita penemuan objek-objek pelik seperti pisau dan rambut di dalam perut manusia. Namun begitu, kes yang berlaku di Khartoum, Sudan ini sangat luar biasa.

Seorang wanita berusia 60 tahun pada mulanya pergi ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya. Malah, bahagian perutnya juga mula membengkak.

Selepas imbasan ultrasound dijalankan, doktor yang merawat sangat terkejut apabila mendapati punca kesakitan itu sebenarnya datang daripada kehadiran bayi yang telah meninggal dunia di dalam perut wanita berkenaan.

Apabila pemeriksaan lanjut dijalankan, doktor mendapati yang tiada sebarang kanser sel atau fibrosis pada bayi itu.

Walau bagaimanapun, bayi tersebut tetap perlu dikeluarkan tetapi memandangkan wanita itu sudah berusia dan saiz ‘kandungannya’ agak besar, doktor mengatakan bahawa dia mempunyai peluang yang sangat tipis untuk selamat dalam prosedur itu.

Meskipun pembedahan itu sangat berisiko, wanita berkenaan akhirnya berjaya diselamatkan dan bayi yang ‘mendiami’ perutnya selama 15 tahun itu berjaya dikeluarkan.

Untuk rekod, fenomena ini disebut sebagai lithopedion atau dalam bahasa mudah, ‘kandungan ektopik mengeras’. Ia berlaku apabila saiz janin yang mati di luar rahim terlalu besar untuk diserap oleh badan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca