Mengadu Sakit Ketika Buang Air, Ibu Ini Kaget Anak Dedah Diri Diliwat Di Rumah Pengasuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa melalui detik menyeramkan apabila dia menjadi mangsa liwat anak pengasuh sendiri di sebuah rumah di Kuala Terengganu.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dikatakan bermula selepas mangsa dihantar ibunya ke rumah pengasuhnya kira-kira jam 7.20 pagi.

Difahamkan, mangsa berada di rumah pengasuhnya itu sehingga jam 5.20 petang sebelum dijemput ibunya yang berusia 36 tahun.

Segalanya kelihatan biasa sahaja sebelum kanak-kanak terbabit terpaksa menggunakan tandas.

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu cuba untuk membuang air kecil namun gagal ekoran dia berasa sakit yang teramat pada bahagian bawah badannya. Apabila disoal oleh ibu bapanya berhubung apa yang sudah terjadi, anak kecil itu akhirnya membongkar rahsia dia sebenarnya sudah diliwat oleh anak pengasuhnya.

Dalam keadaan yang terkejut dan marah, ibu kanak-kanak perempuan itu segera membuat laporan polis sebelum membawa anak gadisnya ke hospital bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, mangsa diliwat ketika pengasuhnya tidak berada di rumah kerana terpaksa mengerjakan urusan lain.

Difahamkan, tertuduh, yakni seorang remaja sudah ditahan dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 14 (B) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel Lain Untuk Di Baca