Mengadu Makin Pekak, Doktor Terkejut Jumpa Tahi Telinga Bersaiz Luar Biasa Dalam Telinga Pesakit

Betul-betul luar biasa, tahi telinga berukuran kira-kira 2.5 sentimeter telah berjaya dikeluarkan dari telinga seorang pesakit. Sebelum ini, pesakit berkenaan mendakwa bahawa dia mengalami masalah pendengaran di mana dia seolah-olah makin pekak dari hari ke hari.

Kejadian itu amat mengejutkan pakar audiologi yang merawat pesakit berkenaan iaitu Neel Raithatha kerana itu pertama kali dia mengeluarkan tahi telinga bersaiz sedemikian.

Neel turut merakam video ketika proses mengeluarkan tahi telinga itu dilakukan. Dia juga menyifatkannya sebagai satu proses yang amat menjijikkan.

Pada mulanya, tahi telinga itu tersekat di dalam telinga pesakit namun dengan bantuan alat penyedut endoskopik, ia akhirnya berjaya dikeluarkan.

“Saya dan tuan punya badan sama-sama terkejut dengan penemuan itu. Saya hanya kata wow sewaktu melihat tahi telinga bersaiz luar biasa itu,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca