Mengadu Bonjol Timbul Di Peha, Pakar Terkejut Warga Emas Miliki Alat Kemaluan Wanita

Seorang lelaki Kosovo berusia 67 tahun yang dilahirkan hilang satu buah zakar, telah pergi mengadu kepada hospital apabila dia mengesan bonjol mula timbul di bahagian pahanya.

Pakar perubatan terkejut apabila mereka mendapati bahawa bonjolan di bahagian kemaluannya itu sebenarnya mengandungi alat kemaluan wanita serta buah zakarnya yang hilang. Ketulan tersebut akan membengkak apabila warga emas itu berdiri ataupun batuk.

Mereka kemudiannya menjalankan pemeriksaan jisim bagi mengesan rahim, serviks, tiub fallopio dan ovari serta testisnya yang hilang.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan lelaki itu mempunyai sindrom Persistent Mullerian duct (PMDS) iaitu satu sindrom di mana seorang lelaki mempunyai organ wanita bersama kemaluan dan skrotum.

Semua janin pada peringkat awal membina permulaan rahim, yang dikenali sebagai saluran Mullerian, namun ia akan rosak dalam perkembangan janin itu membentuk jantina lelaki. Tetapi dalam kes yang sangat jarang, kerosakan ini tidak berlaku, menyebabkan sesetengah kanak-kanak lelaki dilahirkan dengan kedua-dua set organ pembiakan.

Gejala penyakit ini termasuk buah zakar yang tidak turun dan hernia di pangkal paha. Akan tetapi organ wanita biasanya tidak ditemui melainkan pembedahan dilakukan untuk merawat jisim.

Namun sindrom amatlah jarang sekali berlaku. Sehingga kini, hanya 200 kes pernah dilaporkan dalam dunia perubatan.

Sindrom Persistent Mullerian duct (PMDS) amat jarang berlaku. Sehingga kini, hanya 200 kes pernah dilaporkan dalam dunia perubatan. *Gambar hiasan

Penghidap PMDS berisiko lebih tinggi untuk menjadi mandul, tetapi doktor menyatakan keadaan itu tidak sedikitpun menjejaskan kebolehan pembiakan warga emas ini.

Hal ini kerana dia mempunyai tiga orang anak dan ‘zakar yang berkembang dengan baik’ dengan lubang uretra di tempat yang betul.

Kes aneh tersebut kemudiannya didedahkan dalam Laporan Kes Urologi oleh pakar perubatan dari University of Prishtina di Kosovo.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca