Jika disebut tentang Kutub Selatan, pasti kita tidak akan terfikir bahawa ada orang yang menetap di sana.
Namun begitu, pengguna TikTok yang memegang akaun bernama @antwuhnet ini berkongsikan pengalamannya semasa bermastautin di Kutub Selatan.
Pemegang akaun Tiktok ini menjelaskan di dalam videonya bahawa dia menetap di sana atas urusan kerja dalam bahagian logistik.
Di dalam salah satu video TikTok yang menunjukkan tempat kediamannya semasa berada di sana, pengguna ini mendedahkan suhu di Kutub Selatan yang boleh mencecah serendah -70 sehingga -110 darjah Celsius.
@antwuhnet let me know what other parts of the base you’d like to see! (legally cannot show you where we keep the aliens) #antarctica #southpole
♬ original sound – toni on ice
Ketika menunjukkan pemandangan di sana, @antwuhnet menjelaskan bahawa Antartika sedang mengalami musim sejuk dan matahari akan mula terbenam selama enam bulan lamanya.
Sepanjang ketiadaan matahari, penetap di sana tidak dibenarkan untuk membuka tingkap.
Hal ini kerana terdapat kamera yang akan merakam aktiviti aurora, iaitu fenomena cahaya pada langit malam.
Berikutan dengan itu, sebarang cahaya dari luar akan mengganggu aktiviti rakaman daripada kamera tersebut.
@antwuhnet Answer to @g1ossedmin it’s for science!! #antarctica #southpole #science
♬ original sound – toni on ice
Jika di Malaysia, bertembung dengan kucing-kucing di jalanan merupakan sesuatu perkara yang tidak asing lagi bagi kita.
Namun, bagi para penduduk di Kutub Selatan pula, wanita ini berkongsikan beberapa video yang menunjukkan segerombolan penguin yang sedang berenang di tebing-tebing laut.
@antwuhnet back when i was at mcmurdo station, before pole, i got to see a bunch of men in suits go swimming #antarctica #penguins
♬ Penguin Dance – Penguen Dans?
Bagi bekalan makanan di sana pula, para penetap di Kutub Selatan menanam sayur-sayuran yang segar seperti kacang pis dan daun arugula di dalam sebuah rumah hijau.
@antwuhnet welcome to the south pole greenhouse! where we grow our fresh food (freshies) #antarctica #southpole #greenhouse
♬ Humbug Mountain Song – Fruit Bats
Pengguna akaun TikTok ini juga menyertakan akaun teman sekerjanya yang turut memuatnaikkan video-video berkenaan kehidupan di Kutub Selatan di akaun yang bernama @JoeSpinsTheGlobe.
Untuk membaca lebih banyak artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: