Meneroka Hutan United Kingdom, Peneroka Temui Rumah Berbentuk Kasut But

Peneroka urban telah menemui sebuah rumah unik yang berbentuk kasut, terbiar di dalam hutan di United Kingdom (UK).

Rumah kecil yang dilitupi lumut itu kelihatan seperti telah dilupakan selama beberapa dekad. Dedaun dan pokok anggur telah mula memanjat dinding menampakkan ia seperti bersatu dengan hutan dan alam sekitar.

Manakala struktur rumah yang berbentuk but tersebut kelihatan masih terpelihara dengan sempurna dan bumbung kayunya masih lagi tidak hancur.

Struktur luaran berbentuk kasut but masih utuh. Sumber: Dailystar

Namun apabila menjenguk ke dalam melalui tingkap, dapat dilihat bahawa beberapa struktur telah runtuh, menjadikannya tempat yang tidak selamat untuk bermain ataupun tinggal.

“Ini memerlukan beberapa siasatan tetapi kami berjaya melakukannya, selepas berjalan melalui hutan untuk masa yang lama, cuba mencari but ini, kami akhirnya menemuinya di bahagian bawah tebing yang curam,” kata peneroka tersebut dalam satu perkongsian di Facebook.

Bahagian dalam yang sudah hancur.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah yang berbentuk kasut itu pada tahun 1950-an. Hal ini sekali gus mengingatkan orang ramai di situ tentang puisi lama yang bertajuk ‘The Little Old Woman who live in a Shoe’ yang ditulis pada tahun 1794.

Namun terdapat dakwaan lain juga yang mengatakan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada sebuah taman tema dan tiada penduduk yang menghuninya.

Rumah tersebut ditemui terbiar di sebelah curam.

Apapun kebenarannya, ia tidak dapat menolak bahawa penemuan ini ialah satu penemuan yang menarik. Namun bagi mengelakkan sesetengah pihak datang dan merosakkan rumah ini, peneroka tersebut memutuskan untuk merahsiakan lokasinya.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca